Saturday, April 24, 2010
taklimat zakat selangor
alhamdulillah wa syukru lillah.kawan di fb mencecah 500 org dlm masa 5 bulan.aha.moga fb saya menjadi medan dakwah.sama2 kita.bukankah antara kekuatan umat islam adalah ukhuwwah..
semalam,pergi taklimat zakat dekat masjid negeri.boleh tahan ramai.untuk jurusan pengajian islam,90 org calon.untuk perubatan pulak,40 org.keluar nama kat list zakat.nama yg last sekali pulak tu.ish,zakat ni buat gempak je.ingat tak dapat dah.alhamdulillah,alhamdulillah.:)
taklimat tu terang pasal borang kpt.kita kena submit kat zakat selangor 21 mei.nnti dia yang hantar kat putrajaya.kenapa kene submit kat dia dulu?
rahsianya adalah..
zakat yang akan tetapkan kos pengajian untuk kita.sama ada lughah,syariah atau usuluddin.dan secara terus terangnya,ustaz zakat tu cakap,"saya nak letak lebih kurang 60 org kat lughah.30 org kat syariah/usuluddin.
(semua cam tercengang).kenapa saya buat cam tu?sebab kita kekurangan pakar bahasa arab.ustaz2 dah banyak dah kat malaysia.yang sangat sikit adalah pakar bahasa.jadi,kita akan letak lebih ramai dekat bidang lughah iaitu bahasa arab.sape tak setuju,tak boleh dapat zakat.bukan tak boleh bincang.boleh bincang.tapi,biasanya kami la yang menang",terang ustaz zakat sambil tersenyum..
huh.lughah?
sambung ustaz zakat,"kenapa ramai takut sangat nak ambil lughah,senang je..kalau stam boleh dapat mumtaz,lughah,insya allah.."
waahh..tuan ustaz,ni bukan soal susah senang,ni soal minat tak minat.kalau tak minat,caamne nak belaja..huhu..
mahu aje saya mencelah..tapi,apakan daya..:)
ustaz zakat tu sambung lagi,
berikut adalah syarat2 untuk mengambil biasiswa zakat selangor:
1.dilarang berkahwin
ustaz tu cakap,kalau kami dapat tau ada yang berkahwin time blaja,kami akan stop duit dia serta merta..
alaaa..ehehe:)
2.lulus dari segi kesihatan
3.kalau dipanggil selepas tamat belajar nanti,wajib bekerja dengan zakat sekurang2nya 4 tahun.walaupun gajinya sedikit.
4.kene ikut kerja2 sosial dengan zakat.contohnya,ceramah.walaupun tidak dibayar.
5.gagal,stop duit zakat.
6.wajib masuk persatuan anak negeri
7.tidak boleh involve dengan mana2 persatuan yang brcanggah dengan dasar seorang pelajar dan dasar selangor.
erk.apa dasar selangor?:)
dan insya allah,kalau tak de apa2 aral melintang kita akan bertolak 25 dan 26 ogos.samada budak pengajian islam pergi dulu.atau budak medic pergi dulu..,terang ustaz zakat panjang lebar..
heee..tiba2 rasa seram sejuk pulak.betul ke nak pergi mesir nih.boleh ke aku cemerlang nih..
cemerlang bukan pilihan.tapi,ia satu kemestian.orang islam mesti cemerlang.kalau tak camane islam itu sendiri nak cemerlang?
pohon doa semua.kuatkan kami ya allah.dalam mencapai cemerlang pelajaran,akhlak,dakwah,tarbiah,dunia dan akhirat!
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)