Saturday, August 28, 2010

hadiah ramadhan dari sang aedes






"Whenever a Muslim is afflicted by harm from sickness or other matters,Allah will drop his sins because of that, like a tree drops its leaves"- [Bukhari and Muslim]



jumaat lepas,kinah khairir n qilah misland datang ziarah rumah.tido semalam.

time kasih eh.minta maaf kalau layanan tak sempurna!

lepas je dieorang balik,terus pening-pening kepala.mulut pahit.sakit-sakit

badan.cakap kat umi,umi kata tu banyak syntom2 denggi.umi sangat

berpengalaman sbb kak neng pernah kene denggi.masa tu,kak neng cakap dia sakit badan

pastu umi pegi panggil tukang urut..-.-'

genap seminggu demam.tadi,check darah buat kali yg terakhir(harap2nya),

platelet naik.170.masa demam 120.doktor kata kalau bawah 100,kene tahan.huh.

alhamdulillah.takuuttt sangat nak kene amek darah.tapi bila yg tadi,kali ketiga,

dah tak takut dah:)

dalam hidup,tak pernah demam selama ini(seminggu).biasa demam sehari semalam je.bila

denggi ni,wahh.rasa macam tak tahan sangat.jauh la bila ingat balik kisah Nabi Ayub.

sangat jauh nak banding dengan kesakitan maryam bt imran masa bersalinkan anak dia

sorang-sorang.tapi still,doa,ya Allah,tak tahan dah.sembuhkanlah sakit ku ini..

terima kasih ya allah atas nikmat sihat.akan ku cuba untuk tidak menyalahgunakan nikmat ini.

p/s:ramadhan lagi 11 hari.chaiyo'!

p/s2:duduk malaysia lagi 20 hari.chaiyo'!!



Saturday, August 14, 2010

sembilan belas

credits to atiqah norrahim

credits to hafiqah amos



alhamdulillah wa syukru lillah.
kelmarin,12 ogos hari jadi ku yang ke 19.bermula dari 11.55 mlm 11 ogos,kiriman sms pertama dari aisyah ismail.
"sanah helwah ukht",katanya.

pukul 12.04 pg, panggilan telefon dari zahra' zainur rashid.
"salam alayk,kak maryam dah tido ke?selamat hari lahir!",ucapnya.

lps sahur,cikgu syikin mesej.
"long,happy birthday.rindu long.dapat g iktikaf al amin tak?",tanya cikgu
(sempat lagi cikgu ni:P)

tengah hari,farah buat videocall dari syria.lepas borak2 lama,baru la,
"maryam,hari ni besday awak kan?",duganya.
elele.buat2 terkejut pulak:p

dan siang itu,penuh mukabuku.penuh inbox.penuh sms masuk.
tak pernah-pernah penuh.semua penuh pada hari ulangtahun:)

terima kasih pada semua sahabat.atas ucapan dan doa.
antara nikmat terbesar di dunia,selain wanita solehah adalah mempunyai kawan yang solehah:)

tidak dilupakan,keluarga tercinta.abi yang beli cake coffee.semangat je.dah tua2 pon ada kek lagi.adik beradik yang menghabiskan kek.terima kasih semua:P

moga allah memberkati umurku.seperti imam syafiee.walau umurnya singkat,tidak sampai satu abad,namun jasanya,seperti hidup berabad-abad lamanya.

ameen ya rabb!



Tuesday, August 3, 2010

kucai oh kucai






di sebuah kedai runcit..

'pak cik,saya nak beli tauge dengan kucai'

'ok.nak berapa'

'emm,tauge 50 sen,kucai pon 50 sen jugak lah'

'kucai habis la dik'

dengan penuh confidentnya aku menunjukkan sejenis daun kpd pak cik itu..

'pak cik,ni ade ni..'

lalu dengan penuh kehairanannya pak cik itu menjawab...

'tu daun bawang la dik..'


.....
.........
.............

^_^


selesai mengucapkan terima kasih.aku pon berlari keluar..

MALUNYAAAA..

pengajaran;

1.sila PAKSA diri anda turun ke dapur selepas ini

2.kalau berdepan dengan orang pakar dalam bidang tu,jangan tunjuk terer sangat.for sure orang tu lagi tahu..

3.masuk kedai baca doa

p/s 2;balik2 search google tengok beza kucai and daun bawang.ok.fine.daun bawang hujung dia besar sket.waaa.tak nak g kedai tu daaahhhh...





 

Made by Lena