Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbil’alamin.Segala
puji dan puja selayaknya untuk Allah Tuhan sekalian alam.Tuhan yang tidak
mengabulkan semua yang kita pinta tapi menganugerahkan semua yang kita perlu.
Genap
setahun blog ini tidak diupdate.Satu rekod paling buruk dalam sejarah blogger
rasanyaJ Ala
kulli haal,Alhamdulillah Allah masih memberi ruang dan peluang untuk menulis.
Mengimbau
memori setahun yang lepas,pada mulanya,ingat nak update masa walimah ukht
Hidayatul Sakinah.Bulan Sept 2011 kalau tak silap.Terkejut Kak Kin
kahwin.Jadi,ingat nak tribute post istimewa la untuk Kak Kin.Tapi,tak sempat.(Kak
Kin dah pregnant dah pon sekarang :P)
Bulan
berganti bulan,ukht Sakinah Ismail pula umum nak walimah.Bulan Mac 2012 kalau
tak silap.Hati ini berkobar-kobar nak tulis entry untuk kak kinah mail
tercinta.Lagi sekali,silap percaturan,kelemahan diri nak membahagi masa,tak
sempat juga nak update.
Dan
Alhamdulillah,walaupun 2 pengantin dah berlalu,Allah bagi juga keizinan untuk
saya tulis entry untuk bakal pengantin juga. Seorang ukht yang sangat istimewa
dalam 2 tahun hidup di Mesir ini.Iaitu…Ukht El-Mahbubah Suhaili bint Noredan :D
Selamat
Pengantin Baru
Ok,akak.Sila
terharu.Hehe.Insya Allah ukht Suhaili akan bernikah dengan akh Firdaus pada 31
Ogos 2012.Semoga Bayt Muslim yang bakal dibina akan menjadi qudwah.Semoga terus
kekal dlm rahmah dan mawaddah Allah swt!
Masa dapat
tahu Kak Suhaili nak kahwin,sediiiih saaangaaat.Rasa macam akan hilang
kawan.Tidur tak lena..(tapi,kalau orang kejut susah pula nak bangun :P)makan
tak kenyang.mandi tak basah(ok,yang ni tipu!).Tapi,pokoknya stress la..Orang
lain nak kahwin,orang lain yang stress nya.Haha.Bayangkan selalu buat kerja
sama-sama,belajar sama-sama,pergi kelas Al-Quran sama-sama.Tiba-tiba nak
berpisahL
Masa terus
berlalu.Benarlah kata pepatah,al waqtu minal ‘ilaaj.Time is a part of
medicine.Alhamdulillah,boleh la sikit-sikit hadapi kenyataan
.Juga nasihat
daripada ukht F yang berpengalaman:
“Akak pun
dulu masa kakak akak nak kawen akak merajuk.Akak lagi teruk.Campak-campak
barang bagai.Haha.Tapi Insya Allah tak ada apa.Kakak kita pun ada dreams yang
dia nak fulfill kan.Boleh je kawan macam biasa lepas dia kahwin.Suami tak sama
macam kawan.Ada benda kita nak cerita kat suami.Tapi ada juga benda yang kita
tak best nak share dgn suami.Kena share dgn kawan juga J “
Demikianlah
beliau menasihati saya.Panjang-lebar..Mungkin ada pembaca yang rasa macam
budak-budak pula saya ni.Walaupun saya pon rasa macam budak-budak jugak :P
,tapi,saya sangat bersyukur atas pengalaman yang Allah kurniakan ini.Pengalaman
ukhuwwah yang memang tak dapat beli :”)
Benarlah
firman Allah:
“Dan Dialah
ALLAH yang mempersatukan hati mereka(orang beriman).Walaupun kamu menginfaqkan
semua kekayaan yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia Maha
Perkasa,Maha Bijaksana.”(8:63)
Allah
Sebaik-baik Perancang
Kalau ikut
perancangan diri sndiri,tiket yang ditempah untuk pulang ke Malaysia bertarikh
10 Ogos 2012.Nak rasa kemanisan Ramadhan di Mesir.Juga kerana program tarbawi
sangat lah meriah di musim cuti soifi ini.Tetapi disebabkn Allah Maha
Perancang,maka tiket itu terpaksa diubah ke tarikh 16 Julai 2012.Awal sebulan
dari tarikh yang sepatutnya.
23 Jun
itu,hari terakhir Exam Sem 2 Tahun 2 Syariah Al-Azhar.Ummi call mengkhabarkan
Ngah jatuh masa bermain absailing.Jatuh dari tempat setinggi 5 meter
mengabitkan keretakan pada leher dan patah tulang lumbar 5.Ngah ditahan di wad
dan dibuat pembedahan.Alhamdulillah,pembedahan berjaya.Namun,untuk recover
sepenuhnya akan ambil masa 2-3 bulan juga.
Ummi hantar
mesej suruh pulang awal.Minta tukat tiket.Sebab adik-adik sekolah.Tak de sapa
nak tolong Ummi jaga Ngah.Malangnya,urusan tukar tiket menghadapi pelbagai
kesulitan.Kesian Ummi.Sepatutnya Long balik awal Julai,jadi balik pertengahan
Julai.Mujur ada ramai kawan-kawan Ngah yang cuti,mereka yang tolong Ummi jaga
Ngah.Alhamdulillah.
Sesampainya
aku di rumah,Ngah pun discharge dari hospital.Hari yang sama.Alhamdulillah.Jadi
lah aku,nurse pada Ngah.Walaupun dah beberapa kali dipecat oleh Ketua
Nurse(Ummi) atas banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan,namun Ummi tetap
perlu mengambil aku semula.Sebab memang dah tak de sapa boleh ganti :p
Morsi ganti Mubarak
Hari
pengumuman Presiden dibuat kami semua berdebar-debar.Dengan panjang lebarnya
mukaddimah si tukang umum buat kami lagi tak senang duduk.Tapi,bila tengok
orang Mesir yang berkampung di Tahrir sejak pagi dan menahan teriknya
matahari(pengumuman dibuat selepas Asar),hati ini malu sejenak.
Dan
akhirnya,Dr Mohd Morsi diumum sebagai Rois Jumhuriyyah Misr(Presiden Republic
of Egypt)!
Menjerit-jerit
kami kegembiraan di rumah!Bunyi hon bersahutan-sahutan di jalanan.Di
Tahrir,laaaagi lah meriah.Mereka melaung-laungkan takbir(seakan-akan takbir
raya di Malaysia,sujud syukur di mana-mana,mereka
berpeluk-pelukan,menyanyi-nyanyi dan banyak lagi.
Kemenangan
ini adalah kemenangan rakyat Mesir,kemenangan Islam dan kemenangan Ikhwan
,jujurnya..
80
tahun.Darah dan air mata.Penjara dan penyiksaan.Pengorbanan dan
kerinduan.Kepenatan dan kelelahan.Keikhlasan dan kecekalan.Barulah Allah bagi
kemenangan..
Dalam
Dekapan Ukhuwwah
Ada 472
mukasurat.Dah habis baca 318 muka.Tinggal lagi 160 muka.Buku karangan Salim
A.Fillah ini memang la sangat-sangat tak rugi kalau dibaca.Sangat
menyentuh.Banyak ayat-ayat yang meruntun hati..
Antaranya:
“
Ada banyak hal yang tak pernah kita minta
Tapi Allah tiada alpa menyediakannya untuk kita
Sepert i nafas sejuk,,air segar,hangat mentari
Dan kicau burung yang mendamai hati
Jika demikian,atas doa-doa yang kita panjatkan
Bersiaplah untuk dijabah lebih dari apa yang kita mohonkan”
2 tahun berlalu di Mesir
Akhir sekali saya ingin mengucapkan Ramadhan Kareeem kepada
semua.Selamat merebut pahala di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan
ini.Jangan lupa doakan keputusan peperiksaan akhir untuk tahun yang kedua ini
cemerlang!Tak tahulah result macam manaLDoakan ye!Kepada semua,saya memohan maaf zahir
dan batin.Semoga Ramadhan kali ini kita laluinya sebaik mungkin!
Qod Ballighnaa Allahumma Fasyhad~
maryam shakirah bt zulfakar gombak,selangor |