Wednesday, December 2, 2009

pengalaman pertama..









8.00 pg

kring,kring

long,ada orang kol

sambil mengggeliat,

sape pulak kol ni,ehm,ehm

assalamualaikum

waalaikumussalam,mlmh naza ni,boleh masuk keje hari ni?

dalam hati:haaaaari ni?

luar hati:boleh2,pukul berapa nak masuk?
10.00 pagi lah
dalam hati:haaaah?
luar hati:ok muallimah

tanpa melengahkan barang sesaat masa yang ada,aku terus mandi+iron+sarapan+dhuha....

1 uways

di muka pintu
bismillah,ini kelas pertama aku.allah,mudahkanlah..
tiba-tiba
"muallimah baru,muallimah baru"
"wa,cantiknya gelang muallimah,mesti muallimah ni kaya kan"
"muallimah,nak peluk boleh"

tanpa menunggu jawapan,dia terus memeluk aku
erk dan akhirnya aku terpaksa menjerit,

maaaaaaaaaaaaaasuuuk!!!!!

assalamualaikum semua
waalaikumussalam(2 dan 3 suara)
argh,geramnya.sabar2.lagi skali

assalamualaikum semua(tone suara dinaikkan beberapa oktaf)

waalaikumussalam(4 dan 5 suara)


ok.tak pe.relax.

ok semua,hari ni...


di hadapan kelas


mlmh,Tun tumbuk ana dahulu

mlmh,Aqilah tak nak share pemadam dia dengan ana


manakala,
di belakang klas,





adegan kejar-mengejar berlaku dengan begitu hebat sekali






ok,semua,muallimah ada 4 plasticine.buat 2 kump banin,2 kump banat.




Mlmh,1 kump berapa orang?,tanya Nazirul



dalam hati;buat je lah


luar hati:4,5 orang


kalau 6 orang boleh muallimah?,tanya Nazirul lagi


boleh,boleh..


ok,muallimah dah nak bagi plasticine,sape tak de kumpulan tak leh main..




mlmh,dia tak nak bagi ana masuk kumpulan dia..


apa lagi budak-budak ni..


boleh tak kalau aku buat tak layan jer





1 saat,2 saat










ok semua,setiap kumpulan kene kerjasama buat satu tema


zoo negara ke klcc ke taman permainan ke



selepas 1 jam,dalam 1 kumpulan,terdapat lebih dari satu tema


bola,t-rex,kereta dll


akhirnya kerja berkumpulan jadi kerja individu.



ei,budak2 ni,tak de kesatuan langsung...




apa2 pon,aku sangat bersyukur dapat membuatkan mereka duduk dalam keadaan tenang tanpa kejar mengejar dan tumbuk menumbuk selama satu jam..








malam tu,selepas pulang dari sekolah

di atas sejadah,


buat julung2 kalinya,aku berdoa,




Ya Allah,


berilah keselamatan,kesihatan dan kejayaan kepada semua anak2 muridku di dunia dan akhirat.


jadikanlah mereka penyambung perjuangan ini..


Terbayang satu2 wajah anak2 murid..

lagi2 kalau yang paling nakal,lagi lama la terbayang muka dia..


lepas jadi cikgu ni,memang selalu sangat doa untuk anak murid..

memang adat cikgu kot.mudah nak doa untuk anak murid.

tiba2,teringat masa zaman jadi anak murid dulu,brapa kali doa untuk cikgu sendiri...



p/s;lupe plak,nama skolah yang dikhidmati ialah sekolah rendah islam al-amin gombak




2 comments:

 

Made by Lena