Friday, July 23, 2010

lagu sukma kini




ditekan dan terus ditekan.
hati ini ku paksa bertahan.
biar apa pon yang mereka dakwa.
biar apa pon yang mereka duga.
kan ku butakan mata.
kan ku pekakkan telinga.
kerana akhirnya hanya Allah yang layak memberi kata dua.
yang ikhlas,terbuka syurga.
yang sombong,neraka bersedia.

Allah ku jadikan tujuan.
Rasulullah ku ambil tauladan.
Qur'an sebagai peneman.
Demi membina generasi harapan..




Saturday, July 17, 2010

musafeer






pagi itu selesai sembahyang subuh,Imam Syafie memberi tazkirah kepada anak-anak muridnya.kemudian beliau memberi peluang kepada mereka untuk bertanya.

"wahai guruku,apakah pandangan tuan mengenai bermusafir?",tanya al-Rabi'.

"pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan.

pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan.

hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekeja keras dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang.

tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati.

seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.

anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari busurnya.

sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia di tempat yang baru,kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya.

tinggalkanlah kampung halaman nenek moyang kamu.

jangan gusar tentang perpisahanmu dengan sanak saudaramu.

minyak ambar yang harum itu asalnya kotoran binatang,tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya,ramai orang menyukainya.

celak mata itu berasal daripada batu di tepi jalan,tetapi dapat menghiasi kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu.

pergilah bermusafir mencari kemuliaan,kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan,

menghilangkan kesedihan,membina penghidupan baru,memperoleh ilmu,menguatkan jiwa dan dapat bergaul dengan ramai manusia daripada pelbagai perangai dan ragam."

p/s:baru habis baca buku imam syafie,pejuang kebenaran.abdul latif talib.pts litera utama sdn bhd.

seronok sangat.jom baca:)

Monday, July 12, 2010

inspirasi dari bakal imam masjid nabawi






Hamdalah.give thanks to allah.dah lepas kursus bahasa dekat kuis.seminggu di ildas juga dah berlalu.seronok alhamdulillah.

Dapat ramai kawan baru,kene tegur dgn ustaz sbb bercakap dlm kelas,sebulan tak tido petang ,berlari dalam hujan yg sangat lebat,kene kacau tengah jalan,berat turun 2 kilo,puasa tak sahur,belaja guna wshing machine kat dobi kuis,kawan gelak tengok skill serve bola tampar,afa,atiqah,fadhlin dtg ziarah kuis,semua tu bercampur baur.akhirnya jadilah sebuah memori yang tak dapat dilupakan.terhasillah pengalaman.guru terbaik.

Dalam sebulan seminggu tu,hari terakhir lah yang dapat pengajaran yg paling best.jumpa seorang adek kawan ni.

Nama sape dik
Ikmal

Darjah berape
5

Bila besar nak jadi ape
Imam

Kakak dia menyampuk
Imam ape dik?
Dia jawab,
Imam masjid nabawi.

Waaa.kagum nye ngan budak ni.

Nak jadi imam kene hafal quran.adek dah hafal surah ape?
Kahfi,mulk,sajadah,tapi dah lupa dah sket2.

Waaa.kagum lagi,aku pon tak hafal kahfi lagi.
Kteorang hafal guna cara turki.

Cara turki?owh.yang hafal satu muka satu juz tu..
Ha ah.

Owh.alhamdulillah,baca buku secangkir teh,abu saif.tau la jugak pasal sistem hafalan turki.kalau tak,buat malu je depan budak 11 tahun ni.

Sampai ayat sayuqulussufaha,pastu sambung juz lain pulak.
lancar je budak ni cakap.macam memang masyi sungguh ngan qur’an..

adik kene hafal elok2 tau.jangan kawan ngan perempuan.
Erk.apa punye nasihat aku bagi ni.

Dia senyum je.cool sungguh.;P.haha.tapi betullah kan.antara senjata yahudi untuk menghancurkan pemuda islam ialah wanita.

Betullah.apa senyum2.ingat pesan akak tau.nanti akk g madinah,akak nak jadi makmum awak:)
Ensya allah.dia senyum lagi..

~seronoknye jumpa budak tuh.jadi inspirasi.saat dah tak tahan tengok internet,kat indonesia,budak 5 tahun hisap rokok 20 batang sehari,budak sek men lahir anak kat tandas sekolah dll.

bila jumpa budak ni,kurang2 rasa macam ada lagi harapan untuk islam melahirkan lagi pemuda seperti musab umair,usamah zaid,ali abi thalib,zaid harithah.

anak yang hebat mesti lahir dari ibubapa yang hebat.sepertimana ibu imam syafie pernah ditanya camane dia didik anak dia.ibu imam syafie pon menjawab,

aku mendidik diriku dulu 20 tahun sebelum anakku lahir.

jom.ayuh.bersama kita menjadi yang terbaik,agar kita berjaya menyumbang yang terbaik untuk islam jua!
 

Made by Lena