Saturday, July 17, 2010

musafeer






pagi itu selesai sembahyang subuh,Imam Syafie memberi tazkirah kepada anak-anak muridnya.kemudian beliau memberi peluang kepada mereka untuk bertanya.

"wahai guruku,apakah pandangan tuan mengenai bermusafir?",tanya al-Rabi'.

"pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan.

pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan.

hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekeja keras dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang.

tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati.

seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.

anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari busurnya.

sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia di tempat yang baru,kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya.

tinggalkanlah kampung halaman nenek moyang kamu.

jangan gusar tentang perpisahanmu dengan sanak saudaramu.

minyak ambar yang harum itu asalnya kotoran binatang,tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya,ramai orang menyukainya.

celak mata itu berasal daripada batu di tepi jalan,tetapi dapat menghiasi kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu.

pergilah bermusafir mencari kemuliaan,kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan,

menghilangkan kesedihan,membina penghidupan baru,memperoleh ilmu,menguatkan jiwa dan dapat bergaul dengan ramai manusia daripada pelbagai perangai dan ragam."

p/s:baru habis baca buku imam syafie,pejuang kebenaran.abdul latif talib.pts litera utama sdn bhd.

seronok sangat.jom baca:)

11 comments:

  1. waahhh..ana dah bace lame ...sebelom pegi kusus....utk kuatkn smgt...huhuh..thanks IMAM SYAFIE!!..=)

    ReplyDelete
  2. saya blum baca lagi.....hehehehe...tapi saya dah baca tentang khalifah islam....dan saya suka baca tentang peperangan dalam islam,mcm dalam buku tariq bin ziyad,khalifah umar al khattab..... terbaik.....punya....

    ReplyDelete
  3. khaulah~waah.patutla dpt jd penghuluwati..dapat semangat dr imam syafiee:P

    egg head~pahlawan dalam islam pon penting.ulama dalam islam pon penting.jom baca imam syafiee:)

    ReplyDelete
  4. insyallah...tapi saya x suka beli buku....suka pinjam dan saya just baca jak kat kawan...hehehehe.....kawan belum beli lg buku imam syafie......tapi skrng saya nak cari buku sultan muhammad al-fateh.......nak tau strategik macam mana dia tawan kota constantinople......huhuhu....minat sangat pasal perang.....

    ReplyDelete
  5. ni yang semangat nak belajar kat oversea ni..
    ececeh :)
    hehe

    ReplyDelete
  6. huda~jom.jom.akak tnggu kat mesir:)

    ReplyDelete
  7. Salam ulat buku..;>
    bawak la buku tu ke mesir.
    Insyallah,boleh ana pinjam.

    Nahdiyyah

    ReplyDelete
  8. nahdiyyah~waalaikmsslam ulat gonggok:P
    mane boleh bawak mesir!!kene dtg gombak:p

    ReplyDelete
  9. best!try baca syair2 imam syafi'e pulak.lagi best!!

    ReplyDelete
  10. kak fatin~ye ke.okeh.nnti nak baca sama2 ngan kak fatin:)

    ReplyDelete

 

Made by Lena