alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah
lama rasanya tidak menulis.bukan enggan.bahkan terlalu banyak yang ingin
diluahkan.namun,alwajibat aksaru minal auqat.terkejar-kejar antara awlawiyat dan
tidak.dan selalunya menulis di blog ini aku tidak memasukkannya dalam senarai
awlawiyat.kerna itu,blog ini sepi beberapa ketika.maaf kepada yang menunggu.(kalau ada:)
hampir tidak ku sedari,rupanya 3 bulan sudah,aku menjejakkan kaki di bumi mesir
ini.syukur yang tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah yang telah mengabulkan
doaku.moga anugerah dan peluang yang Allah kurniakan ini,tidak aku sia-siakan.
mengimbau detik sebelum berangkat,terima kasih tidak terhingga kepada ahli
keluarga jauh dan dekat.masing2 cuba untuk menyumbang sesuatu.aku kira hanya
Allah yang layak membalasnya.kepada yang menghantar di klia,syukran
jazilan.'afifah,aisyah,ili,husna abd halim sekeluarga,zahra' dan abu zahra' dan ramai
lagi.moga Allah membalas masa yang lebih baik kepada antum!
imtihan sem 1 bakal menjelang tidak lama lagi.musim sejuk juga sudah berura-ura
mahu mengeluarkan dirinyanya.pastinya pertarungan antara nafsu malas dan rajin
akan berlaku dengan begitu hebat...namun melihatkan kesungguhan anak-anak
kecil mesir bekerja ,demi menampung hidup,walaupun cuaca yang amat
sejuk,mencabar diriku untuk terus kuat melangkah demi ilmu allah.moga aku menang dalam pertarungan ini:)
sampai sini dulu.pukul 2.53 petang.azan asar sudah bergema.hayya ala solah.hayya alal falah!
maryam shakirah zufakar
beyt busyraa
bawabah 3,hayy 'asyir,
kaherah,mesir.
Salam enti, rindu sangat :(
ReplyDeletebella!!missing you too:(
ReplyDelete