Monday, July 25, 2011

ikhlas itu rahsia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekian lama tidak menulis,akhirnya Allah memberi peluang,ruang dan masa.usai peperiksaan semester 2 yang mencabar fizikal dan mental.lega rasanya.

Ikhlas.

Sejak kebelakangan ini,aku suka memikirkan tentang keikhlasan.

Ikhlas adalah suatu yang seronok sebenarnya.sebab tiada seorang hamba pun yang boleh menilai akan keikhlasan kita.ikhlas adalah rahsia antara tuhan dan makhluknya.

Sahl bin Abdullah pernah ditanya:

Apakah amalan yang paling berat bagi jiwa?

Dia menjawab:ikhlas.kerana ikhlas memiliki bahagian yang tersendiri dalam jiwa.

Merenung perjalanan dakwah dan tarbiyyah dalam diri,membuatkan aku berfikir,sampai bila aku akan terus berada dalam jalan ini.sesungguhnya jalan ini yang memberi makna dalam kehidupanku.namun sampai bila aku akan thabat.

Saban hari,aku berdoa dalam sujud dan tangisku,

Wahai Pemilik Jiwa,Kau thabatkanlah jiwa-jiwa kami dalam agamaMu,ketaatan kepadaMu dan diatas jalan dakwahMu.

Betapa ramai sudah yang gugur dalam menempuhi jalan ini.tidak sesekali aku salahkan mereka atas keguguran mereka.namun sebenarnya,akhirnya Allah jualah yang akan memilih siapa jundi-jundi yang Dia mahu thabat dan terus berada dia atas jalan dakwah ini.

Apakah dia ciri yang melayakkan dia terus kekal atas jalan dakwah ini?

Itulah ikhlas.

Ikhlas yang terlalu rahsia itu.

Ikhlas yang hanya boleh dinilai oleh pemilik jiwa itu sendiri.

Perjalanan atas jalan ini yang dipenuhi oleh onak,duri,mehnah dan tribulasi.tiada siapa yang dapat menyangka mehnah apa yang bakal dilaluinya atas jalan ini.kerana itulah kita perlukan bekal yang cukup kuat untuk menghadapinya.dan bekal yang terbaik adalah ikhlas.

Sebagai contoh:seseorang itu dilantik menjadi pemimpin tertinggi sebuah organisasi lalu tanpa alasan yang kukuh,sang pemimpin itu dipecat.hanya ikhlas sahaja yang dapat menguatkan semangat sang pemimpin itu untuk terus bekerja dalam organisasinya tanpa rasa dendam atau sakit hati pada si pemecatnya.pemimpin itu akan terus bekerja seperti mana dia menjadi pemimpin tertinggi dulunya.malah mungkin dia akan bekerja lebih semangat lagi dari dulu.

AllahuAkbar.

Sejarah salafussoleh turut merakamkan kisah peribadi2 yang memancarkan keikhlasan dalam segenap hidupnya.

Khalid al Walid pernah dipecat sebagai ketua panglima perang oleh Umar al Khattab dan diganti dengan Abu Ubaidah.Khalid tidak mengeluh apatah lagi menarik diri dari medan peperangan.Malah beliau tetap terus berjuang dalam saf barisan kaum muslimin yang lain.

Kaab bin Malik pernah diboikot oleh Rasulullah dan kaum muslimin kerana melengah-lengahkan perjalanan ke Perang Tabuk.Seluruh kaum muslimin tidak dibenarkan bercakap dengan beliau.Beliau redha menerima hukuman itu.setelah beberapa lama,turun ayat yang menerima taubat Kaab.Kaab sangat gembira dan terus menjalankan kerja dakwah beliau seperti biasa.hukuman yang diterima Kaab tidak sedikit pon menyebabkan Kaab bermusuh dengan Rasulullah mahupun para sahabat.Hanya sifat ikhlas sahaja dapat meneguhkan Kaab bin Malik di atas jalan dakwah ini.

Ayuh kita semua ansorullah,berusaha sama-sama untuk menjadi mukhlisin.jangan kita lupa untuk berdoa supaya kita tergolong dalam golongan orang yang ikhlas.

Ikhlas itu sir.

Maka jadilah khazinatul asrar...






3 comments:

  1. tahniah berjaya menambah post sekaligus peringatan buat para daie.

    walaupun ada word2 yang agak mengelirukan,
    yg pasti hanya manikam mengenal jauhari~ :D

    ReplyDelete
  2. boleh tambah cerita semut hitam dan kisah farrag naggar yg kembali menjadi bawwab slp jd org besar dlm jamaah ktika akhir usianya ~

    wallahu a3lam =)

    ReplyDelete
  3. anonymous~

    syukran atas keprihatinan.

    P/s:saya tahu siapa anda:D

    ReplyDelete

 

Made by Lena