Tuesday, September 18, 2012

:syeikh al-aqso:












Hotel De Palma,Ampang petang itu cukup bertuah.Tidak seperti minggu-minggu lain,dewan itu meriah kerana menerima pasangan pengantin-pengantin baru.Tapi kali ini,dewan itu bakal menerima satu sosok yang sangat-sangat istimewa.Lebih istimewa dari pengantin baru.Dan…Beliau adalah Syeikh Raed Solah.Atau nama gelarannya Syeikh Al-Aqso.

Tepat jam 3.30petang,Syeikh masuk ke dalam dewan diiringi tetamu-tetamu kehormat.Malangnya,banyak juga kerusi-kerusi kosong kelihatan.Berbeza sungguh suasana,bilamana Kate and William datang ke KLCC.Orang-orang awam sanggup beratur,tunggu lama semata-mata mahu bersalaman dengan Kate and William..Lebih ramai orang kenal Kate dan William berbanding Syeikh Raed Solah L

Majlis dimulai dengan kata-kata aluan oleh Fara Adeeba.Tak salah urusetia memilih Fara sebagai pengacara.Beliau sangat menghayati dan mendalami isu Palestine.Lebih-lebih lagi,beliau pernah mengikut rombongan Aman Palestine awal tahun lalu ke Gaza.

Kemudian,kata-kata aluan dari Pengerusi Eksekutif Aman Palestine,Ust Abdullah Zaik.Ust menceritakan bahawa orang yang pertama menjumpai terowong yang dibina Israel dibawah MasjidilAqso ialah Syeikh Raed.Juga orang yang mahu dibunuh oleh Israel semasa rombongan kapal Flotia Mavi Marmara juga ialah Syeikh Raed.

Semasa Syeikh Raed berjumpa PM,PM ada tanya Syeikh,apa ilmu yang Syeikh guna sampai terselamat dari dibunuh oleh Israel dalam kapal Mavi Marmara.Ust Abdullah Zaik kata,banyak versi jawapan ni.Tapi yang paling sohih sekali,dalam kapal tu ada seorang Turki yang muka dia menyerupai Syeikh lalu dial ah yang kene bunuh oleh Israel.

Ustaz Abdullah Zaik juga memuji Allah sebanyak-bnyaknya kerana akhirnya Aman Palestine berjaya membawa Syeikh datang ke Malaysia.Ust kata takdir Allah Syeikh datang musim raya.Jadi,agak susah sikit Aman nak susun program.

Sebab orang Malaysia ni,minngu pertama,raya dengan keluarga.Minggu kedua,raya dengan jiran.Minggu ketiga,raya dengan pejabat.Minggu ke empat,raya dengan NGO… J

Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video tentang kisah hidup Raed Solah.Sangat menyentuh hati.Ramai juga tetamu wanita yang menitiskan air mata ketika melihat video itu.

Tibalah masanya yang dinantikan;

Syeikh Raed Solah dijemput naik ke pentas dan juga penterjemah,Ust Miftahuddin.

Jadi,para pembaca sekalian,dibawah ini adalah serba-sedikit ucapan Syeikh Raed yang sempat saya salin.Selamat menghayati!

Terimalah..

Raed Solah:
Assalamualikum warahmatullah.

Ramai orang bertanya kepada saya,”Macamana Malaysia?”
Lalu saya menjawab,saya mendapati masyarakatnya masyarakat Muslim,suka membuat kebaikan dan menyayangi Al-Quds.

Saya menasihati diri saya dan saudara sekalian,
Teruskanlah kecintaanmu kepada Al-Quds kerana ia adalah kebaikan untuk mu didunia dan akhirat.

Nasihat saya yang kedua,yang saya ambil dari Sultan Abd Hamid,sultan terakhir  Turki Uthmaniyah.

اتحدوا صف الواحد
ان وحدتكم هو قوتكم
ان قوتكم هو قوة للقدس

Bersatulah kamu !
Sesungguhnya kesatuan kamu adalah kekuatanmu
Kekuatanmu adalah kekuatan Al-Quds!

Sesungguhnya umat Islam adalah satu bangsa.
Sebagaimana ada seorang Islam bersin di Syam maka yang menjawab Alhamdulillah adalah saudaranya di Andalus.

Bersama kita pada hari ini,adalah pelarian Palestine di Iraq.Datuk –datuk mereka dahulu dihalau.Kehidupan begitu sempit di Iraq.Jadi mereka pindah ke Malaysia.Tak lama lagi kamu akan kembali ke rumah-rumah kamu, ke kampung-kampung kamu!

Ini adalah perjumpaan terakhir dalam perjalanan yang diberkati oleh Allah.Nasihat saya,selepas beberapa jam dari saat ini kita akan berpisah.Tapi,yakinlah isu Palestine adalah isu ummat Islam semua.Kita harus menghormati Aqsa sebagaimana kita hormati Kaabah,Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Al-Aqso adalah amanah di pundak  kita.

Wajib untuk kita tolong-menolong untuk menjaga amanah ini.Amanah  untuk memelihara  Al-Quds.Allah akan bertanya pada kita tentang amanah ini  di Hari Kiamat kelak.

Kita akan berpisah sebentar lagi, tapi yakinlah Al-Quds akan mengumpulkan kita semua dalam satu cinta yang satu hinggalah InsyaAllah  Al-Quds akan dimerdekakan Allah.

Saya telah berjumpa Perdana Menteri kamu dan saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan 100 000 USD Dollar Amerika kerajaan Malaysia untuk  Yayasan Al-Israa’.Ketika berpisah,saya katakan kepada beliau bahawa Al-Quds adalah amanah yang Allah titipkan kepada kita.Kita harus tolong.Lalu beliau menjawab,Insya Allah kita akan bantu,Insya Allah kita akan bantu,Insya Allah kita akan bantu.

Saya juga berpeluang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamed.Kami berbincang  dengan lama tentang Al-Aqso.Sebelum berpisah,saya berkata kepadanya,Al-Quds adalah amanah kepada kita.Wajib untuk kita saling tolong-menolong.

Malam tadi,saya mendengar beberapa ucapan yang menggembirakan saya.Seorang kanak-kanak mengucapkan “Al-Quds adalah isu kita bersama.”

Ya,Al-Quds adalah isu kita bersama.Insya Allah,Allah akan me merdekakan Al-Quds sepenuhnya.Kita mesti menjaga keadaan ini dan ikhlas kerana Allah.

Begitu juga apa yang membahagiakan saya ialah apa yang diucapkan oleh Abdullah(Ust Abdullah Zaik) tadi,tentang kerjasama yang akan dijalankan Aman Palestine dengan kami.Ini memberi  satu gambaran bahawa saudara-saudara di Malaysia akan sentiasa berhubung dengan saudara-saudara di Palestine sehingga Allah membebaskan Palestine.

Apakah hubungan kita dengan Al-Aqso?

Rasulullah bersabda:Kamu mesti mendatanginya dan solat didalamnya.Barangsiapa yang tidak mampu,hendaklah menghantar minyak untuk Al-Aqso.Sesiapa yang membantu Al-Aqso sama nilainya dengan orang yang solat didalamnya.Sesiapa yang menolong dalam kemerdekaan Al-Aqso,sama nilainya dengan orang yang solat didalamnya.

Rasulullah juga bersabda:Sesiapa yang pergi haji/umrah bermula dari Palestine,wajib keatasnya syurga.

Wahai ikhwah,bagaimana kami boleh pergi?Sedangakan kami terhalang.Kita mesti memerdekakan Masjidil Aqso.Kita mesti mempersatukan kalimat kita.

Sultan Nuruddin Zinki pernah merancang mahu membebaskan Al-Aqso.Lalu beliau melatih tentera dan menyeru kepada rakyatnya:
“Kita mesti mempersembahkan apa yang termampu dan mengumpul dana.Lalu,datang seorang muslimah membawa rambut yang dipintalnya dan berkata:Wahai sultan,berilah rambutku ini kepada tentera Islam dan jadikanlah ia tali untuk menunggang kudanya .

T_T

Pada tahun 1999,aku bersama orang –orang Islam yang berada di Palestine bekerjasama dengan Kementerian Wakaf  untuk membaiki Musolla Marwani.Ianya rosak kerana perancangan Yahudi yang mahu menukarnya kepada gereja.Maka,kami berusaha untuk mengumpulkan harta.Walaupun harta yang dikumpulkan tidaklah seberapa.Tiba-tiba,datang seorang muslimah yang menyerahkan semua emas yang dia ada.Lalu dia berkata,
”Sungguh,saya malu kepada Allah untuk berhias sedangkan Al-Aqso masih dijajah.Dan saya tidak melakukan apa-apa”

T_T

Menerusi rakaman-rakaman video,kita dapat lihat apa yang telah dilakukan Israel.Mereka membina terowong,mengganggu orang-orang Islam di sekitarnya,menghancurkan Al-Aqso dan membina haikal yang batil.
Pada hari ini,kita dengar panggilan,bantulah Al-Aqso!

Sesungguhnya Israel telah membuat kejahatan.Israel ingin membahagikan Al-Aqso.Israel ingin menghancurkan Al-Aqso.

Jangan putus asa dan takut kepada penjajahan Israel.Kita akan bantu.Al-Quds  akan menang.Al-Quds akan berdiri dengan megah sehingga berlaku Hari 
Kiamat!

Kami telah sampaikan salam tuan-tuan kepada saudara-saudara kami,anak-anak kami.Lalu mereka berkata,Insya Allah kita akan mengunjungi Masjidil Aqso!


اللهم كما جمعنا في هذه اللقاءات اسئل الله ان يجمعنا بعد وقت قريب في مسجد الأقصى لنصلي سويا لنصلي صلاة الشكر على زوال احتلال اسرائيل أليس الصبح بقريب بلى والله

Ya Allah Ya Tuhanku,sebagaimana Engkau kumpulkan kami dalam perjumpaan ini,aku memohon Ya Allah agar engkau mengumpulkan kami lagi sekali dalam waktu yang terdekat ini di Masjid Al-Aqso untuk kita solat bersama-sama,untuk kita sujud syukur di atas berakhirnya kezaliman,penindasan Israel.”Bukankah subuh itu sudah dekat?”(Hud:81)Bahkan,ya!


Barakallah feek.Assalamualikum warahmatullah wabarakatuh.


depalma ampang,16 sept 2012

Tuesday, August 21, 2012

:dhuhaa bookstore:









Bismillahirrahmanirrahim

Teringinnyaaa nak buka kedai buku macam ni.Ya Rabb,comel sangaaat.Nak pergi Indonesia pastu pergi deal dengan stokis buku-buku novel Islamik dia(novel Islamik Indonesia semua terbaaaik).Pastu bawa balik jual dekat kedai buku saya.Pastu pergi pula Pustaka Salam,amik buku2 fikrah dan tarbiyyah dia.Pastu jual dekat kedai buku saya.Pastu pergi Maktabah I’lam,Cairo ambil hagah-hagah yang comel-comel pastu bawa balik jual kat kedai buku saya.
J

Pastu dalam kedai buku tu,ada sudut wi-fi,ada sudut café sikit,pastu ada sudut jual blouse cantik-cantik and skirt labuh.Waaaaa.Rasa nak bukak sekarang laa.Haha.

Berniaga ni saaangat menguntungkan kalau kita pandai.Dan ianya lebih baik dari makan gaji.Tapi nak berniaga ni kena ada modal.Melihat kepada angan-angan saya,ianya memerlukan modal yang agak tinggi.Jadi,oleh itu saya perlu kumpul duit mulai sekarang.

Huuuh.Susahnya.Tak sampai akhir bulan,mesti duit tak cukup.Macam mana nak menabung =.=’

Semoga Allah mengabulkan cita-cita saya.Semoga tak hangat-hangat tahi ayam .Doain ya dong :D

Eid Mubarak semua.Taqabbalallah minna wa minkum J



Credits gambar:kak fathiyyah J



Thursday, July 26, 2012

:raudhahramadhan:



Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil’alamin.Segala puji dan puja selayaknya untuk Allah Tuhan sekalian alam.Tuhan yang tidak mengabulkan semua yang kita pinta tapi menganugerahkan semua yang kita perlu.

Genap setahun blog ini tidak diupdate.Satu rekod paling buruk dalam sejarah blogger rasanyaJ Ala kulli haal,Alhamdulillah Allah masih memberi ruang dan peluang untuk menulis.

Mengimbau memori setahun yang lepas,pada mulanya,ingat nak update masa walimah ukht Hidayatul Sakinah.Bulan Sept 2011 kalau tak silap.Terkejut Kak Kin kahwin.Jadi,ingat nak tribute post istimewa la untuk Kak Kin.Tapi,tak sempat.(Kak Kin dah pregnant dah pon sekarang :P)

Bulan berganti bulan,ukht Sakinah Ismail pula umum nak walimah.Bulan Mac 2012 kalau tak silap.Hati ini berkobar-kobar nak tulis entry untuk kak kinah mail tercinta.Lagi sekali,silap percaturan,kelemahan diri nak membahagi masa,tak sempat juga nak update.

Dan Alhamdulillah,walaupun 2 pengantin dah berlalu,Allah bagi juga keizinan untuk saya tulis entry untuk bakal pengantin juga. Seorang ukht yang sangat istimewa dalam 2 tahun hidup di Mesir ini.Iaitu…Ukht El-Mahbubah Suhaili bint Noredan :D

Selamat Pengantin Baru

Ok,akak.Sila terharu.Hehe.Insya Allah ukht Suhaili akan bernikah dengan akh Firdaus pada 31 Ogos 2012.Semoga Bayt Muslim yang bakal dibina akan menjadi qudwah.Semoga terus kekal dlm rahmah dan mawaddah Allah swt!

Masa dapat tahu Kak Suhaili nak kahwin,sediiiih saaangaaat.Rasa macam akan hilang kawan.Tidur tak lena..(tapi,kalau orang kejut susah pula nak bangun :P)makan tak kenyang.mandi tak basah(ok,yang ni tipu!).Tapi,pokoknya stress la..Orang lain nak kahwin,orang lain yang stress nya.Haha.Bayangkan selalu buat kerja sama-sama,belajar sama-sama,pergi kelas Al-Quran sama-sama.Tiba-tiba nak berpisahL

Masa terus berlalu.Benarlah kata pepatah,al waqtu minal ‘ilaaj.Time is a part of medicine.Alhamdulillah,boleh la sikit-sikit hadapi kenyataan
.Juga nasihat daripada ukht F yang berpengalaman:
“Akak pun dulu masa kakak akak nak kawen akak merajuk.Akak lagi teruk.Campak-campak barang bagai.Haha.Tapi Insya Allah tak ada apa.Kakak kita pun ada dreams yang dia nak fulfill kan.Boleh je kawan macam biasa lepas dia kahwin.Suami tak sama macam kawan.Ada benda kita nak cerita kat suami.Tapi ada juga benda yang kita tak best nak share dgn suami.Kena share dgn kawan juga J

Demikianlah beliau menasihati saya.Panjang-lebar..Mungkin ada pembaca yang rasa macam budak-budak pula saya ni.Walaupun saya pon rasa macam budak-budak jugak :P ,tapi,saya sangat bersyukur atas pengalaman yang Allah kurniakan ini.Pengalaman ukhuwwah yang memang tak dapat beli :”)

Benarlah firman Allah:
“Dan Dialah ALLAH yang mempersatukan hati mereka(orang beriman).Walaupun kamu menginfaqkan semua kekayaan yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh,Dia Maha Perkasa,Maha Bijaksana.”(8:63)

Allah Sebaik-baik Perancang

Kalau ikut perancangan diri sndiri,tiket yang ditempah untuk pulang ke Malaysia bertarikh 10 Ogos 2012.Nak rasa kemanisan Ramadhan di Mesir.Juga kerana program tarbawi sangat lah meriah di musim cuti soifi ini.Tetapi disebabkn Allah Maha Perancang,maka tiket itu terpaksa diubah ke tarikh 16 Julai 2012.Awal sebulan dari tarikh yang sepatutnya.

23 Jun itu,hari terakhir Exam Sem 2 Tahun 2 Syariah Al-Azhar.Ummi call mengkhabarkan Ngah jatuh masa bermain absailing.Jatuh dari tempat setinggi 5 meter mengabitkan keretakan pada leher dan patah tulang lumbar 5.Ngah ditahan di wad dan dibuat pembedahan.Alhamdulillah,pembedahan berjaya.Namun,untuk recover sepenuhnya akan ambil masa 2-3 bulan juga.

Ummi hantar mesej suruh pulang awal.Minta tukat tiket.Sebab adik-adik sekolah.Tak de sapa nak tolong Ummi jaga Ngah.Malangnya,urusan tukar tiket menghadapi pelbagai kesulitan.Kesian Ummi.Sepatutnya Long balik awal Julai,jadi balik pertengahan Julai.Mujur ada ramai kawan-kawan Ngah yang cuti,mereka yang tolong Ummi jaga Ngah.Alhamdulillah.

Sesampainya aku di rumah,Ngah pun discharge dari hospital.Hari yang sama.Alhamdulillah.Jadi lah aku,nurse pada Ngah.Walaupun dah beberapa kali dipecat oleh Ketua Nurse(Ummi) atas banyak kesalahan-kesalahan yang dilakukan,namun Ummi tetap perlu mengambil aku semula.Sebab memang dah tak de sapa boleh ganti  :p

Morsi  ganti Mubarak

Hari pengumuman Presiden dibuat kami semua berdebar-debar.Dengan panjang lebarnya mukaddimah si tukang umum buat kami lagi tak senang duduk.Tapi,bila tengok orang Mesir yang berkampung di Tahrir sejak pagi dan menahan teriknya matahari(pengumuman dibuat selepas Asar),hati ini malu sejenak.
Dan akhirnya,Dr Mohd Morsi diumum sebagai Rois Jumhuriyyah Misr(Presiden Republic of Egypt)!

Menjerit-jerit kami kegembiraan di rumah!Bunyi hon bersahutan-sahutan di jalanan.Di Tahrir,laaaagi lah meriah.Mereka melaung-laungkan takbir(seakan-akan takbir raya di Malaysia,sujud syukur di mana-mana,mereka berpeluk-pelukan,menyanyi-nyanyi dan banyak lagi.

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Mesir,kemenangan Islam dan kemenangan Ikhwan ,jujurnya..
80 tahun.Darah dan air mata.Penjara dan penyiksaan.Pengorbanan dan kerinduan.Kepenatan dan kelelahan.Keikhlasan dan kecekalan.Barulah Allah bagi kemenangan..

Dalam Dekapan Ukhuwwah

Ada 472 mukasurat.Dah habis baca 318 muka.Tinggal lagi 160 muka.Buku karangan Salim A.Fillah ini memang la sangat-sangat tak rugi kalau dibaca.Sangat menyentuh.Banyak ayat-ayat yang meruntun hati..
Antaranya:
Ada banyak hal yang tak pernah kita minta
Tapi Allah tiada alpa menyediakannya untuk kita
Sepert i nafas sejuk,,air segar,hangat mentari
Dan kicau burung yang mendamai hati
Jika demikian,atas doa-doa yang kita panjatkan
Bersiaplah untuk dijabah lebih dari apa yang kita mohonkan”



2 tahun berlalu di Mesir
Akhir sekali saya ingin mengucapkan Ramadhan Kareeem kepada semua.Selamat merebut pahala di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.Jangan lupa doakan keputusan peperiksaan akhir untuk tahun yang kedua ini cemerlang!Tak tahulah result macam manaLDoakan ye!Kepada semua,saya memohan maaf zahir dan batin.Semoga Ramadhan kali ini kita laluinya sebaik mungkin!

Qod Ballighnaa Allahumma Fasyhad~


maryam shakirah bt zulfakar
gombak,selangor
 

Made by Lena