Hotel De
Palma,Ampang petang itu cukup bertuah.Tidak seperti minggu-minggu lain,dewan
itu meriah kerana menerima pasangan pengantin-pengantin baru.Tapi kali
ini,dewan itu bakal menerima satu sosok yang sangat-sangat istimewa.Lebih
istimewa dari pengantin baru.Dan…Beliau adalah Syeikh Raed Solah.Atau nama
gelarannya Syeikh Al-Aqso.
Tepat jam
3.30petang,Syeikh masuk ke dalam dewan diiringi tetamu-tetamu
kehormat.Malangnya,banyak juga kerusi-kerusi kosong kelihatan.Berbeza sungguh
suasana,bilamana Kate and William datang ke KLCC.Orang-orang awam sanggup
beratur,tunggu lama semata-mata mahu bersalaman dengan Kate and William..Lebih
ramai orang kenal Kate dan William berbanding Syeikh Raed Solah L
Majlis
dimulai dengan kata-kata aluan oleh Fara Adeeba.Tak salah urusetia memilih Fara
sebagai pengacara.Beliau sangat menghayati dan mendalami isu
Palestine.Lebih-lebih lagi,beliau pernah mengikut rombongan Aman Palestine awal
tahun lalu ke Gaza.
Kemudian,kata-kata
aluan dari Pengerusi Eksekutif Aman Palestine,Ust Abdullah Zaik.Ust
menceritakan bahawa orang yang pertama menjumpai terowong yang dibina Israel
dibawah MasjidilAqso ialah Syeikh Raed.Juga orang yang mahu dibunuh oleh Israel
semasa rombongan kapal Flotia Mavi Marmara juga ialah Syeikh Raed.
Semasa
Syeikh Raed berjumpa PM,PM ada tanya Syeikh,apa ilmu yang Syeikh guna sampai
terselamat dari dibunuh oleh Israel dalam kapal Mavi Marmara.Ust Abdullah Zaik
kata,banyak versi jawapan ni.Tapi yang paling sohih sekali,dalam kapal tu ada
seorang Turki yang muka dia menyerupai Syeikh lalu dial ah yang kene bunuh oleh
Israel.
Ustaz Abdullah Zaik juga memuji Allah sebanyak-bnyaknya kerana akhirnya
Aman Palestine berjaya membawa Syeikh datang ke Malaysia.Ust kata takdir Allah
Syeikh datang musim raya.Jadi,agak susah sikit Aman nak susun program.
Sebab orang
Malaysia ni,minngu pertama,raya dengan keluarga.Minggu kedua,raya dengan
jiran.Minggu ketiga,raya dengan pejabat.Minggu ke empat,raya dengan NGO… J
Majlis
diteruskan lagi dengan tayangan video tentang kisah hidup Raed Solah.Sangat
menyentuh hati.Ramai juga tetamu wanita yang menitiskan air mata ketika melihat
video itu.
Tibalah
masanya yang dinantikan;
Syeikh Raed
Solah dijemput naik ke pentas dan juga penterjemah,Ust Miftahuddin.
Jadi,para
pembaca sekalian,dibawah ini adalah serba-sedikit ucapan Syeikh Raed yang
sempat saya salin.Selamat menghayati!
Terimalah..
Raed Solah:
Assalamualikum
warahmatullah.
Ramai orang
bertanya kepada saya,”Macamana Malaysia?”
Lalu saya
menjawab,saya mendapati masyarakatnya masyarakat Muslim,suka membuat kebaikan
dan menyayangi Al-Quds.
Saya
menasihati diri saya dan saudara sekalian,
Teruskanlah
kecintaanmu kepada Al-Quds kerana ia adalah kebaikan untuk mu didunia dan
akhirat.
Nasihat saya
yang kedua,yang saya ambil dari Sultan Abd Hamid,sultan terakhir Turki Uthmaniyah.
اتحدوا صف الواحد
ان وحدتكم هو قوتكم
ان قوتكم هو قوة للقدس
Bersatulah
kamu !
Sesungguhnya
kesatuan kamu adalah kekuatanmu
Kekuatanmu
adalah kekuatan Al-Quds!
Sesungguhnya
umat Islam adalah satu bangsa.
Sebagaimana
ada seorang Islam bersin di Syam maka yang menjawab Alhamdulillah adalah
saudaranya di Andalus.
Bersama kita
pada hari ini,adalah pelarian Palestine di Iraq.Datuk –datuk mereka dahulu
dihalau.Kehidupan begitu sempit di Iraq.Jadi mereka pindah ke Malaysia.Tak lama
lagi kamu akan kembali ke rumah-rumah kamu, ke kampung-kampung kamu!
Ini adalah
perjumpaan terakhir dalam perjalanan yang diberkati oleh Allah.Nasihat
saya,selepas beberapa jam dari saat ini kita akan berpisah.Tapi,yakinlah isu
Palestine adalah isu ummat Islam semua.Kita harus menghormati Aqsa sebagaimana
kita hormati Kaabah,Masjidilharam dan Masjid Nabawi.
Al-Aqso
adalah amanah di pundak kita.
Wajib untuk
kita tolong-menolong untuk menjaga amanah ini.Amanah untuk memelihara Al-Quds.Allah akan bertanya pada kita tentang
amanah ini di Hari Kiamat kelak.
Kita akan
berpisah sebentar lagi, tapi yakinlah Al-Quds akan mengumpulkan kita semua
dalam satu cinta yang satu hinggalah InsyaAllah
Al-Quds akan dimerdekakan Allah.
Saya telah berjumpa
Perdana Menteri kamu dan saya mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan
100 000 USD Dollar Amerika kerajaan Malaysia untuk Yayasan Al-Israa’.Ketika berpisah,saya
katakan kepada beliau bahawa Al-Quds adalah amanah yang Allah titipkan kepada
kita.Kita harus tolong.Lalu beliau menjawab,Insya Allah kita akan bantu,Insya
Allah kita akan bantu,Insya Allah kita akan bantu.
Saya juga
berpeluang berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamed.Kami berbincang dengan lama tentang Al-Aqso.Sebelum
berpisah,saya berkata kepadanya,Al-Quds adalah amanah kepada kita.Wajib untuk
kita saling tolong-menolong.
Malam
tadi,saya mendengar beberapa ucapan yang menggembirakan saya.Seorang
kanak-kanak mengucapkan “Al-Quds adalah isu kita bersama.”
Ya,Al-Quds
adalah isu kita bersama.Insya Allah,Allah akan me merdekakan Al-Quds sepenuhnya.Kita
mesti menjaga keadaan ini dan ikhlas kerana Allah.
Begitu juga
apa yang membahagiakan saya ialah apa yang diucapkan oleh Abdullah(Ust Abdullah
Zaik) tadi,tentang kerjasama yang akan dijalankan Aman Palestine dengan
kami.Ini memberi satu gambaran bahawa
saudara-saudara di Malaysia akan sentiasa berhubung dengan saudara-saudara di
Palestine sehingga Allah membebaskan Palestine.
Apakah
hubungan kita dengan Al-Aqso?
Rasulullah
bersabda:Kamu mesti mendatanginya dan solat didalamnya.Barangsiapa yang tidak mampu,hendaklah
menghantar minyak untuk Al-Aqso.Sesiapa yang membantu Al-Aqso sama nilainya
dengan orang yang solat didalamnya.Sesiapa yang menolong dalam kemerdekaan
Al-Aqso,sama nilainya dengan orang yang solat didalamnya.
Rasulullah
juga bersabda:Sesiapa yang pergi haji/umrah bermula dari Palestine,wajib
keatasnya syurga.
Wahai
ikhwah,bagaimana kami boleh pergi?Sedangakan kami terhalang.Kita mesti
memerdekakan Masjidil Aqso.Kita mesti mempersatukan kalimat kita.
Sultan
Nuruddin Zinki pernah merancang mahu membebaskan Al-Aqso.Lalu beliau melatih
tentera dan menyeru kepada rakyatnya:
“Kita mesti
mempersembahkan apa yang termampu dan mengumpul dana.Lalu,datang seorang
muslimah membawa rambut yang dipintalnya dan berkata:Wahai sultan,berilah
rambutku ini kepada tentera Islam dan jadikanlah ia tali untuk menunggang
kudanya .
T_T
Pada tahun
1999,aku bersama orang –orang Islam yang berada di Palestine bekerjasama dengan
Kementerian Wakaf untuk membaiki Musolla
Marwani.Ianya rosak kerana perancangan Yahudi yang mahu menukarnya kepada
gereja.Maka,kami berusaha untuk mengumpulkan harta.Walaupun harta yang
dikumpulkan tidaklah seberapa.Tiba-tiba,datang seorang muslimah yang
menyerahkan semua emas yang dia ada.Lalu dia berkata,
”Sungguh,saya malu kepada
Allah untuk berhias sedangkan Al-Aqso masih dijajah.Dan saya tidak melakukan
apa-apa”
T_T
Menerusi
rakaman-rakaman video,kita dapat lihat apa yang telah dilakukan Israel.Mereka
membina terowong,mengganggu orang-orang Islam di sekitarnya,menghancurkan
Al-Aqso dan membina haikal yang batil.
Pada hari
ini,kita dengar panggilan,bantulah Al-Aqso!
Sesungguhnya
Israel telah membuat kejahatan.Israel ingin membahagikan Al-Aqso.Israel ingin
menghancurkan Al-Aqso.
Jangan putus
asa dan takut kepada penjajahan Israel.Kita akan bantu.Al-Quds akan menang.Al-Quds akan berdiri dengan megah
sehingga berlaku Hari
Kiamat!
Kami telah
sampaikan salam tuan-tuan kepada saudara-saudara kami,anak-anak kami.Lalu
mereka berkata,Insya Allah kita akan mengunjungi Masjidil Aqso!
اللهم كما جمعنا في هذه اللقاءات اسئل الله ان يجمعنا بعد وقت قريب في
مسجد الأقصى لنصلي سويا لنصلي صلاة الشكر على زوال احتلال اسرائيل أليس الصبح
بقريب بلى والله
Ya Allah Ya
Tuhanku,sebagaimana Engkau kumpulkan kami dalam perjumpaan ini,aku memohon Ya
Allah agar engkau mengumpulkan kami lagi sekali dalam waktu yang terdekat ini
di Masjid Al-Aqso untuk kita solat bersama-sama,untuk kita sujud syukur di atas
berakhirnya kezaliman,penindasan Israel.”Bukankah subuh itu sudah dekat?”(Hud:81)Bahkan,ya!
Barakallah
feek.Assalamualikum warahmatullah wabarakatuh.
depalma ampang,16 sept 2012 |
jazakillah ukthie atas perkongsian... semoga kita semua bertemu kembali di bumi Islam kita Palestin bersama raed solah insyaAllah...
ReplyDeletesubhanallah,
ReplyDeletejazakillah ukht atas p'kongsian.
sumbangan yang besar untuk mentausyiah jiwa kita.
semoga b'temu di Masjidil Aqso, insyaAllah!