Friday, December 10, 2010

busyraa




alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah

lama rasanya tidak menulis.bukan enggan.bahkan terlalu banyak yang ingin

diluahkan.namun,alwajibat aksaru minal auqat.terkejar-kejar antara awlawiyat dan

tidak.dan selalunya menulis di blog ini aku tidak memasukkannya dalam senarai

awlawiyat.kerna itu,blog ini sepi beberapa ketika.maaf kepada yang menunggu.(kalau ada:)

hampir tidak ku sedari,rupanya 3 bulan sudah,aku menjejakkan kaki di bumi mesir

ini.syukur yang tidak terhingga aku panjatkan kepada Allah yang telah mengabulkan

doaku.moga anugerah dan peluang yang Allah kurniakan ini,tidak aku sia-siakan.

mengimbau detik sebelum berangkat,terima kasih tidak terhingga kepada ahli

keluarga jauh dan dekat.masing2 cuba untuk menyumbang sesuatu.aku kira hanya

Allah yang layak membalasnya.kepada yang menghantar di klia,syukran

jazilan.'afifah,aisyah,ili,husna abd halim sekeluarga,zahra' dan abu zahra' dan ramai

lagi.moga Allah membalas masa yang lebih baik kepada antum!

imtihan sem 1 bakal menjelang tidak lama lagi.musim sejuk juga sudah berura-ura

mahu mengeluarkan dirinyanya.pastinya pertarungan antara nafsu malas dan rajin

akan berlaku dengan begitu hebat...namun melihatkan kesungguhan anak-anak

kecil mesir bekerja ,demi menampung hidup,walaupun cuaca yang amat

sejuk,mencabar diriku untuk terus kuat melangkah demi ilmu allah.moga aku menang dalam pertarungan ini:)

sampai sini dulu.pukul 2.53 petang.azan asar sudah bergema.hayya ala solah.hayya alal falah!


maryam shakirah zufakar
beyt busyraa
bawabah 3,hayy 'asyir,
kaherah,mesir.


Wednesday, September 1, 2010

i.luv.shopping



umi pernah crita pasal sorang anak murid umi yg top dalam kelas dia.

bila umi selidik,dia bukan lah jenis budak genius pon.baca sekali dah faham.

tapi,sebab dia tak suka susahkan parents dia.pasal duit or anything.dia akan usaha sendiri.

sebab tu kot allah bagi dia senang dalam study dia..

rasanya umi nak perli aku sket2 tu..

wawawa.

selasa,31 0gos

jusco wangsa maju.

the lingerie shop:rm 45

triumph:rm 42

mph:rm 86

bata:rm 76

total:rm 250

thanks ummi.

tak nak susahkan umi dah

tak nak be the one who penghabis duit ummi

thanks ummi.again;D


Saturday, August 28, 2010

hadiah ramadhan dari sang aedes






"Whenever a Muslim is afflicted by harm from sickness or other matters,Allah will drop his sins because of that, like a tree drops its leaves"- [Bukhari and Muslim]



jumaat lepas,kinah khairir n qilah misland datang ziarah rumah.tido semalam.

time kasih eh.minta maaf kalau layanan tak sempurna!

lepas je dieorang balik,terus pening-pening kepala.mulut pahit.sakit-sakit

badan.cakap kat umi,umi kata tu banyak syntom2 denggi.umi sangat

berpengalaman sbb kak neng pernah kene denggi.masa tu,kak neng cakap dia sakit badan

pastu umi pegi panggil tukang urut..-.-'

genap seminggu demam.tadi,check darah buat kali yg terakhir(harap2nya),

platelet naik.170.masa demam 120.doktor kata kalau bawah 100,kene tahan.huh.

alhamdulillah.takuuttt sangat nak kene amek darah.tapi bila yg tadi,kali ketiga,

dah tak takut dah:)

dalam hidup,tak pernah demam selama ini(seminggu).biasa demam sehari semalam je.bila

denggi ni,wahh.rasa macam tak tahan sangat.jauh la bila ingat balik kisah Nabi Ayub.

sangat jauh nak banding dengan kesakitan maryam bt imran masa bersalinkan anak dia

sorang-sorang.tapi still,doa,ya Allah,tak tahan dah.sembuhkanlah sakit ku ini..

terima kasih ya allah atas nikmat sihat.akan ku cuba untuk tidak menyalahgunakan nikmat ini.

p/s:ramadhan lagi 11 hari.chaiyo'!

p/s2:duduk malaysia lagi 20 hari.chaiyo'!!



Saturday, August 14, 2010

sembilan belas

credits to atiqah norrahim

credits to hafiqah amos



alhamdulillah wa syukru lillah.
kelmarin,12 ogos hari jadi ku yang ke 19.bermula dari 11.55 mlm 11 ogos,kiriman sms pertama dari aisyah ismail.
"sanah helwah ukht",katanya.

pukul 12.04 pg, panggilan telefon dari zahra' zainur rashid.
"salam alayk,kak maryam dah tido ke?selamat hari lahir!",ucapnya.

lps sahur,cikgu syikin mesej.
"long,happy birthday.rindu long.dapat g iktikaf al amin tak?",tanya cikgu
(sempat lagi cikgu ni:P)

tengah hari,farah buat videocall dari syria.lepas borak2 lama,baru la,
"maryam,hari ni besday awak kan?",duganya.
elele.buat2 terkejut pulak:p

dan siang itu,penuh mukabuku.penuh inbox.penuh sms masuk.
tak pernah-pernah penuh.semua penuh pada hari ulangtahun:)

terima kasih pada semua sahabat.atas ucapan dan doa.
antara nikmat terbesar di dunia,selain wanita solehah adalah mempunyai kawan yang solehah:)

tidak dilupakan,keluarga tercinta.abi yang beli cake coffee.semangat je.dah tua2 pon ada kek lagi.adik beradik yang menghabiskan kek.terima kasih semua:P

moga allah memberkati umurku.seperti imam syafiee.walau umurnya singkat,tidak sampai satu abad,namun jasanya,seperti hidup berabad-abad lamanya.

ameen ya rabb!



Tuesday, August 3, 2010

kucai oh kucai






di sebuah kedai runcit..

'pak cik,saya nak beli tauge dengan kucai'

'ok.nak berapa'

'emm,tauge 50 sen,kucai pon 50 sen jugak lah'

'kucai habis la dik'

dengan penuh confidentnya aku menunjukkan sejenis daun kpd pak cik itu..

'pak cik,ni ade ni..'

lalu dengan penuh kehairanannya pak cik itu menjawab...

'tu daun bawang la dik..'


.....
.........
.............

^_^


selesai mengucapkan terima kasih.aku pon berlari keluar..

MALUNYAAAA..

pengajaran;

1.sila PAKSA diri anda turun ke dapur selepas ini

2.kalau berdepan dengan orang pakar dalam bidang tu,jangan tunjuk terer sangat.for sure orang tu lagi tahu..

3.masuk kedai baca doa

p/s 2;balik2 search google tengok beza kucai and daun bawang.ok.fine.daun bawang hujung dia besar sket.waaa.tak nak g kedai tu daaahhhh...





Friday, July 23, 2010

lagu sukma kini




ditekan dan terus ditekan.
hati ini ku paksa bertahan.
biar apa pon yang mereka dakwa.
biar apa pon yang mereka duga.
kan ku butakan mata.
kan ku pekakkan telinga.
kerana akhirnya hanya Allah yang layak memberi kata dua.
yang ikhlas,terbuka syurga.
yang sombong,neraka bersedia.

Allah ku jadikan tujuan.
Rasulullah ku ambil tauladan.
Qur'an sebagai peneman.
Demi membina generasi harapan..




Saturday, July 17, 2010

musafeer






pagi itu selesai sembahyang subuh,Imam Syafie memberi tazkirah kepada anak-anak muridnya.kemudian beliau memberi peluang kepada mereka untuk bertanya.

"wahai guruku,apakah pandangan tuan mengenai bermusafir?",tanya al-Rabi'.

"pergilah bermusafir dengan penuh keyakinan.

pasti kamu memperoleh semula segala apa yang kamu belanjakan.

hidup pasti terasa nikmat selepas kita bekeja keras dan kuat berusaha ketika berada di tempat orang.

tasik yang tenang dan tidak mengalirkan airnya akan membusuk dan menjadi mati.

seekor singa di hutan hanya dapat membaham mangsanya apabila ia keluar dari sarangnya.

anak panah tidak akan mengenai sasaran sekiranya tidak dilepaskan dari busurnya.

sekiranya kamu meninggalkan tempat kelahiran kamu bagi memperoleh kedudukan yang mulia di tempat yang baru,kamu umpama emas yang sudah disepuh lagi tinggi nilainya.

tinggalkanlah kampung halaman nenek moyang kamu.

jangan gusar tentang perpisahanmu dengan sanak saudaramu.

minyak ambar yang harum itu asalnya kotoran binatang,tetapi selepas ia terpisah dari tempatnya,ramai orang menyukainya.

celak mata itu berasal daripada batu di tepi jalan,tetapi dapat menghiasi kelopak bulu mata manusia selepas meninggalkan pinggir jalan itu.

pergilah bermusafir mencari kemuliaan,kerana dalam pengembaraan itu ada lima kelebihan,

menghilangkan kesedihan,membina penghidupan baru,memperoleh ilmu,menguatkan jiwa dan dapat bergaul dengan ramai manusia daripada pelbagai perangai dan ragam."

p/s:baru habis baca buku imam syafie,pejuang kebenaran.abdul latif talib.pts litera utama sdn bhd.

seronok sangat.jom baca:)

Monday, July 12, 2010

inspirasi dari bakal imam masjid nabawi






Hamdalah.give thanks to allah.dah lepas kursus bahasa dekat kuis.seminggu di ildas juga dah berlalu.seronok alhamdulillah.

Dapat ramai kawan baru,kene tegur dgn ustaz sbb bercakap dlm kelas,sebulan tak tido petang ,berlari dalam hujan yg sangat lebat,kene kacau tengah jalan,berat turun 2 kilo,puasa tak sahur,belaja guna wshing machine kat dobi kuis,kawan gelak tengok skill serve bola tampar,afa,atiqah,fadhlin dtg ziarah kuis,semua tu bercampur baur.akhirnya jadilah sebuah memori yang tak dapat dilupakan.terhasillah pengalaman.guru terbaik.

Dalam sebulan seminggu tu,hari terakhir lah yang dapat pengajaran yg paling best.jumpa seorang adek kawan ni.

Nama sape dik
Ikmal

Darjah berape
5

Bila besar nak jadi ape
Imam

Kakak dia menyampuk
Imam ape dik?
Dia jawab,
Imam masjid nabawi.

Waaa.kagum nye ngan budak ni.

Nak jadi imam kene hafal quran.adek dah hafal surah ape?
Kahfi,mulk,sajadah,tapi dah lupa dah sket2.

Waaa.kagum lagi,aku pon tak hafal kahfi lagi.
Kteorang hafal guna cara turki.

Cara turki?owh.yang hafal satu muka satu juz tu..
Ha ah.

Owh.alhamdulillah,baca buku secangkir teh,abu saif.tau la jugak pasal sistem hafalan turki.kalau tak,buat malu je depan budak 11 tahun ni.

Sampai ayat sayuqulussufaha,pastu sambung juz lain pulak.
lancar je budak ni cakap.macam memang masyi sungguh ngan qur’an..

adik kene hafal elok2 tau.jangan kawan ngan perempuan.
Erk.apa punye nasihat aku bagi ni.

Dia senyum je.cool sungguh.;P.haha.tapi betullah kan.antara senjata yahudi untuk menghancurkan pemuda islam ialah wanita.

Betullah.apa senyum2.ingat pesan akak tau.nanti akk g madinah,akak nak jadi makmum awak:)
Ensya allah.dia senyum lagi..

~seronoknye jumpa budak tuh.jadi inspirasi.saat dah tak tahan tengok internet,kat indonesia,budak 5 tahun hisap rokok 20 batang sehari,budak sek men lahir anak kat tandas sekolah dll.

bila jumpa budak ni,kurang2 rasa macam ada lagi harapan untuk islam melahirkan lagi pemuda seperti musab umair,usamah zaid,ali abi thalib,zaid harithah.

anak yang hebat mesti lahir dari ibubapa yang hebat.sepertimana ibu imam syafie pernah ditanya camane dia didik anak dia.ibu imam syafie pon menjawab,

aku mendidik diriku dulu 20 tahun sebelum anakku lahir.

jom.ayuh.bersama kita menjadi yang terbaik,agar kita berjaya menyumbang yang terbaik untuk islam jua!

Thursday, June 24, 2010

rijal itu..






rijal itu..
himmahnya tinggi,
dizalimi dia teguh,
difitnah dia sabar,
diseksa dia tabah,
diusir dia redha.

rijal itu...
aku nampak bayangan imam maliki dalam taatnya,
pantulan umar al khattab dalam keberaniannya,
cerminan alfateh dalam semangatnya.

rijal itu...
aku nantikan pembebasan al quds di tanganmu
aku doakan kegemilangan islam kembali di bawah tenteramu
syurga Allah menjadi mahligai kekalmu..

Friday, May 28, 2010

medical check-up






bismillahirrahmanirrahim..

klinik uia.

doktor:where do you want to go?

me :mesir insya allah

doctor:furter study?in what course?medic?

me :no.islamic studies insya allah.

doctor:why do you choose mesir?uia is much more better than mesir.

me :where do you study?

doctor:pakistan

dalam hati:so,how can you tell me that uia is much more better than mesir?
luar hati:senyum lebar-lebar

hipokrit sungguh.huh.:p

saya dapat satu pengajaran hari ini.

kita tak layak memberikan penilaian secara pasti kalau kita tidak merasainya.

orang guna laptop hp tak boleh kata laptop acer cepat rosak hanya dengan mendengar kata-kata orang yang laptop acer ni cepat rosak.sedangkan kalau survey dengan orang laptop acer,dieorang kata,tak pernah rosak lagi.alhamdulillah.

orang yang tak pernah blaja kat new delhi,tak leh la nak cakap uni lain lagi bagus dari dia.sebab dia tak pernah merasai sendiri belaja kat new delhi tu.

sebab takut,cakap-cakap kita yang tak tahu sumber tu,akan menjadi fitnah.
mula-mula kita akan cakap,"tak tahu laa.orang la kata."
tapi,lama-lama,dah sampai ke orang yg ke100,benda tu jadi satu kepercayaan.
sedangkan,yang sebenarnya,orang pertama punya andaian..
kan dah seleweng tu..huhu.

bukan fanatik mesir.cuma,terasa je.hee.

moga allah menjaga lidah-lidah kita.

kerana lidah badan binasa.

kerana lidah,ramai ke neraka....

Saturday, April 24, 2010

taklimat zakat selangor





alhamdulillah wa syukru lillah.kawan di fb mencecah 500 org dlm masa 5 bulan.aha.moga fb saya menjadi medan dakwah.sama2 kita.bukankah antara kekuatan umat islam adalah ukhuwwah..

semalam,pergi taklimat zakat dekat masjid negeri.boleh tahan ramai.untuk jurusan pengajian islam,90 org calon.untuk perubatan pulak,40 org.keluar nama kat list zakat.nama yg last sekali pulak tu.ish,zakat ni buat gempak je.ingat tak dapat dah.alhamdulillah,alhamdulillah.:)

taklimat tu terang pasal borang kpt.kita kena submit kat zakat selangor 21 mei.nnti dia yang hantar kat putrajaya.kenapa kene submit kat dia dulu?

rahsianya adalah..
zakat yang akan tetapkan kos pengajian untuk kita.sama ada lughah,syariah atau usuluddin.dan secara terus terangnya,ustaz zakat tu cakap,"saya nak letak lebih kurang 60 org kat lughah.30 org kat syariah/usuluddin.
(semua cam tercengang).kenapa saya buat cam tu?sebab kita kekurangan pakar bahasa arab.ustaz2 dah banyak dah kat malaysia.yang sangat sikit adalah pakar bahasa.jadi,kita akan letak lebih ramai dekat bidang lughah iaitu bahasa arab.sape tak setuju,tak boleh dapat zakat.bukan tak boleh bincang.boleh bincang.tapi,biasanya kami la yang menang",terang ustaz zakat sambil tersenyum..

huh.lughah?

sambung ustaz zakat,"kenapa ramai takut sangat nak ambil lughah,senang je..kalau stam boleh dapat mumtaz,lughah,insya allah.."

waahh..tuan ustaz,ni bukan soal susah senang,ni soal minat tak minat.kalau tak minat,caamne nak belaja..huhu..

mahu aje saya mencelah..tapi,apakan daya..:)

ustaz zakat tu sambung lagi,
berikut adalah syarat2 untuk mengambil biasiswa zakat selangor:

1.dilarang berkahwin
ustaz tu cakap,kalau kami dapat tau ada yang berkahwin time blaja,kami akan stop duit dia serta merta..
alaaa..ehehe:)

2.lulus dari segi kesihatan

3.kalau dipanggil selepas tamat belajar nanti,wajib bekerja dengan zakat sekurang2nya 4 tahun.walaupun gajinya sedikit.

4.kene ikut kerja2 sosial dengan zakat.contohnya,ceramah.walaupun tidak dibayar.

5.gagal,stop duit zakat.

6.wajib masuk persatuan anak negeri

7.tidak boleh involve dengan mana2 persatuan yang brcanggah dengan dasar seorang pelajar dan dasar selangor.
erk.apa dasar selangor?:)

dan insya allah,kalau tak de apa2 aral melintang kita akan bertolak 25 dan 26 ogos.samada budak pengajian islam pergi dulu.atau budak medic pergi dulu..,terang ustaz zakat panjang lebar..

heee..tiba2 rasa seram sejuk pulak.betul ke nak pergi mesir nih.boleh ke aku cemerlang nih..

cemerlang bukan pilihan.tapi,ia satu kemestian.orang islam mesti cemerlang.kalau tak camane islam itu sendiri nak cemerlang?

pohon doa semua.kuatkan kami ya allah.dalam mencapai cemerlang pelajaran,akhlak,dakwah,tarbiah,dunia dan akhirat!

:)

Thursday, March 18, 2010

~B+?



alhamdulillah
whatever it is,alhamdulillah.

seminggu sblm dpt result,ummi ckp,
"long,ummi mimpi result long teruk"

pagi keluar result plak,mlmh elyah mesej,
"maryam,mlmh mimpi nt dapat mumtaz"

dan akhirnya,semua mimpi2 itu tidak betul.ngee.
tidak terlalu teruk dan tidak juga terlalu cemerlang.
tidak rasib(gagal) tidak juga mumtaz(cemerlang).
sederhana.jayyid jiddan.

alhamdulillah.

secara terus dan terangnya,masa dapat tau result tu sedih la juge.
nape ye.sebab target mumtaz kot.dapat bawah sket,sedih laa.cuba target jayid.macam ada sorang tu.bila dapat jayid jiddan,melompat la dia.hehe..

masa tengah sedih a.K.a futur tu,tulis la status kat fb..biar dapat semangat sket dr kawan2.dan alhamdulillah seperti dijangka,(yerk.sgt perasan) ramai kawan2 yg memberi sokongan.hehe.samada comment/like,itu semua sangat membantu..
terima kasih ye!

ramai call jugak.minta maaf pd ili n bibah kerana tidak mnjawab pnggilan anda.org tgh sedih laa.sbb tu tak jawab.hehe.sori ye.tp,klu kol skrg,msti jawab nyer:)

tapi kan,yg paling best skali hikmah allah bagi ialah:
masa kita tgh sedih a.K.a futur tu la,masa yg senang sangat nak muhasabah diri..

1.mesti aku tak cukup usaha lagi ni
2.mesti aku tido bnyak sangat dlm kelas ni
3.mesti hubungan ngan allah tak kuat lagi
4.mesti bnyak hak2 yg tak tertunai
5.dan macam2 msti lagi..

hehe.lepas tu.alhamdulillah.datang semangat balik nak belajar elok2,kuatkan hubungan dgn allah,btulkan perangai yang tak btul lagi dan yg sewaktu dengannya...harap2 tak hangat2 tahi ayam la ye..:)

terima kasih ya allah atas hikmah ini
terima kasih guru2 atas hikmah dan tunjuk ajar
terima kasih kawan2 atas doa dan semangat

alhamdulillah

p/s:tok wan tanya cucu dia,camane kputusan stam.cucu dia jawab,
alhamdulillah jayid jiddan.tok wan dia tanya blek,jayyid jiddan tu camane.
cucu dia jawab,jayyid jiddan tu macam B+ la.hehe..pandai2 je:)

Sunday, March 7, 2010

~fatimah bint muhammad~



Rasulullah s.a.w said:

"the best women in all the world are four;the virgin of mary,aasiyaa the wife of pharaoh,khadijah the mother of the Believers and fatimah,daughter of muhammad"

fatimah,was given the title of az-zahraa which means "the resplendent one".that was because of her beaming face which seemed to radiate light.it is said that when she stood for prayer,the mihrab would reflect the light of her countenance.

(wow!)

in madinah,fatimah lived with her father in the simple dwelling he had built adjoining the mosque.in the second year after the hijrah,she received proposals of marriage through her father,two of which were turned down.then ali,the son of abu talib,plucked up courage and went to the prophet to ask for her hand in marriage.in the presence of the prophet,however Ali became over-awed and tongue-tied.

(comelnyeer=)

he stared at the ground and could not say anything.the Prophet then asked;
'why have you come?do you need something?'

Ali still could not speak and then the Prophet suggested;
"perhaps you have come to propose marriage to Fatimah?"

(hebatnya rasulullah!)

"yes",replied Ali

at this,according to one report,the prophet said simply:

"marhaban wa ahlan" and this was taken by Ali and a group of Ansar who were waiting outside for him as indicating the Prophet's approval.another report indicated that the Prophet approved and went one to ask Ali if he had anything to give as mahr.Ali replied that he didn't.the Prophet reminded him that he had a shield which could be sold.

ali sold the shield to Uthman for four hundred dirhams and as he was hurrying back to the Prophet to hand over the sum as mahr.Uthman stopped him and said:

"i am returning your shield to you as a present from me on your marriage to Fatimah"

(ok.uthman sangaaat pemurah.dia tak berkira langsung....!)

fatimah and ali were thus married most probably at the beginning of the second year after the hijrah.she was about nineteen years old at the time and ali was about twenty one.

(pasangan pengantin baru yg sangat muda=)

in the middle of the second year after the hijrah,her sister Ruqayyah fell ill with fever and measles.this was shortly before the great campaign of Badr.uthman,her husband,stayed by her bedside and missed the campaign.Ruqayyah died just before her father returned.on his returned to madinah,one of the first acts of the Prophet was to visit her grave.

fatimah went with him.this was the first bereavement they had suffered within their closest family since the death of khadijah.fatimah was greatly distressed by the loss of her sister.the tears poured from her eyes as she sat beside her father at the edge of the grave,and he comforted her and sought to dry her tears with the corner of his cloak.

the Prophet had previously spoken against lamentations fot the dead,but this had to a misunderstanding and when they returned from the cemetery the voice of Umar was heard raised in anger against the women who were weeping for the martyrs of Badr and for Ruqayyah.

'Umar,let them weep,' he said and then added:

"what comes from the heart and from the eye,that is from God and His mercy,but what comes from the hand and from the tongue,that is from satan."

the bereavement which the family suffered by the death of Ruqayyah,was followed by happiness when to the great joy of all the believers Fatimah gave birth to a boy in Ramadhan of the third after hijrah.the Prophet spoke the words of the adhan into the ear of the new born babe and called him al Hasan which means the Beautiful one.

one year later,she gave birth to another son who was called al Husayn which means "little hasan" or the little beautiful one.in the eight year after hijrah,fatimah gave birth to a third child a girl whom she named after her eldest sister Zaynab who had died shortly before her birth.this zaynab was to grow up and become famous as the "heroine of karbala".fatimah"s fourth child was also a girl and fatimah named her ummu kalthum after her sister who had died the year before after an illness.

in ramadhan of the tenth year just before he went one his Farewell Pilgrimage,the Prophet confined to Fatimah as a secret not yet to be told to others:
"jibril recited quran to me and I to him once every year,but this year he has recited it with me twice.I cannot but think that my time has come"

not long afterwards the noble Prophet passed away.fatimah was grief-striken and she would often be seen weeping profusely.one of the companions noted that he did not see Fatimah,may God be pleased with her,laugh after the death of her father.

one morning,early in the month of ramadhan just less than 5 month after her noble father had passed away,fatimah woke up looking unusually happy and full of mirth.in the afternoon of that day,it is said that she called salma bt umays who was looking after her.she asked for some water and had a bath.she then put on new clothes and perfumed herself.she then asked salma to put her bed in the courtyard of the house.with her face looking to the heavens above,she asked for her husbands Ali.

he was taken aback when he saw her lying in the middle of the courtyard and asked her what was wrong.she smiled and said"

"I have an appointment today with the Messenger of God"

Ali cried and she tried to console him.she told him to look after their sons,Hasan and Husayn and advised that she should be buried without ceremony.she gazed upwards again,then closed her eyes and surrendered her soul to the Mighty Creator.

she,Fatimah the Resplendent One was just twenty-nine years old.
sollu alaik,the chosen one....

Saturday, February 20, 2010

ada apa dengan nama...




adabi=kesopanku
rupa-rupanya kicap adabi pon ada maksud=)

afnan=keindahan
nama kawan baik ahsan

ajwad=pemurah

aqwa=kuat

alaa'=nikmat-nikmat

alwan=warna-warni
nama senior kat hira,alwan nadiah

amjad=kemuliaan
nama anak mlmh zaleha daud,sriaag

as'ad=yang amat bahagia

asnawi=yg berseri

auni=ketenangan,kelembutan
kawan hira'=auni sujan

ayadi=nikmat-nikmat
abg nadhirah anis

'arafat=terkenal
patutla yaser arafat trknal..

'atiyah=pemberian

bahjah=gemilang
junior hira'=bahjah habil

barra'=bersih
nama dorm banin kat skolah lama

barudi=serbuk peluru
nama penyair yg syair dia wajib hafal dlm madah adab nusus,stam

bazli=kebijaksanaanku
anggota kump inteam

hafiy=yg memuliakan

hamiy=yg melindungi

haniy=yg tenang

hasnun=yg baik
hasnin naajiihah,kawn hira'

hijazi=nisbah
aisyah hijazi,kwn hira' gak

iyaad=kekuatan

iyaas=pemberian

khattab=yg banyak
amirul mukminin umar al khattab

lubub=pilihan yang bersih
amirah labibah,senior hira'
lubabah,kawan stam

mawardi=air mawarku
ada bdk laki kat hira rasanye nama ni
mas suke ejek nama dia,mawarku...=)
rupanya,btul lah maksud dia,ada kaitan ngan bunga mawar..

razin=tenang dan sopan
birha razin,kawan stam

nama pendek2 yang best pulak:

aus=pemberian

aya=cahaya matahari

'adi=askar perwira yg kuat berlari

'afi=pemaaf

'auf=yg berusaha

~ngee..ada org mntak tlg cari nama ank sedara utk dia.jd,trbukaklah buku pnduan nama2 islam.jumpa pulak nama2 yg best2 nih.tulis lah.mane tau blh share dgn sesiapa2 yg mmrlukan..itu sahaja..=)

Friday, February 12, 2010

24 jam





saya ada krisis masa..
tolong..
ini lah akibat tiada perancangan..
maryam shakirah,sila buat perancangan...

ok.
setakat hari ini,

6 jam=kerja
8 jam=tido
3 jam=internet
1/2 jam=qur'an
8 1/2 jam=mandi+makan+solat+ngarot

huhu..
nape terlalu berbeza masa quran dan internet?
how dare you..
rasa berdosanya..
ok,im free addicted to internet!

rasulullah kata:
2 nikmat yang manusia suke sgt lupa,MASA LAPANG and SIHAT.

SAYA BERJANJI UNTUK MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK.
ALWAQTULHAYAAH..

hari tu ingat lagi,masa kat stam,wat perancangan masa cuti panjang nak hafal quran lah,baca kitab arab lah,blaja masak lah...

waa..

rancang memang 65% lagi senang dari membuat!

ok,kurang bercakap,banyakkan amal!!

start it NOW!!

robbi yassir wala tu'assir(3x)

Saturday, January 30, 2010

susah sama2~

dari mansoura,mesir:

handphone vibrate,

"hello"
"maryam!!!!"
"f****!!!"
"ha3.knal pon"
"oyt.tau tak pukul brape skrg?"
"baru pukul 8.30 mlm"
"8.30 kat mansoura la,kat gombak pukul 1.30 pg! dan saya sedang mimpi indah tadi!!
nasib baik keluar no,private number,kalau keluar no malaysia tadi,jangan harap lah angkat!"
"maryam,stop babbling!dengar la ni.. kita ada masalah ni.."

selepas setengah jam + 5,6 kali putus talian,
akhirnya,dapat balik sambung tidur=)


dari uitm,melaka:

handphone vibrate,

"hello"
"maryam!!"
"k****!!"
"nape?"
"dengar la ni,............"


dari usim,n9

handphone vibrate,

"hello"
"maryaaam!!"
"a*****!!"
"nape?"
"awk dengar je apa kite nak cite nih.kite dah tak tahan dah ni.."


dari sek agama kedah

handphone vibrate,
"hello"
"kak maryaaamm!!"
"a***!!"
"ana ada masalah.kak maryam dgr tau!"

~seronok sangat dengar masalah orang...rasa macam masalah diri sendiri dah selesai.
hehe..terima kasih kepada para pemanggil..anda boleh telefon saya bila2 masa sahaja lagi iallah..ala kulli haal,mari kita bersama:



jangan minta dikecilkan musibah.tapi,mintalah dibesarkan iman untuk menghadapinya

p/s:sayang semua kerana allah...

Sunday, January 3, 2010

dah besar~

bismillah..

semalam chat ngan seorg kawan yg sgt2 drindui ..

maryam,ana nak brtunang!

haaaaaa...
tahniah2...

maryam,jgn gtau sesapa!

ok2..
(tulis kat blog ni?!!)
=)
so,who's that lucky guy?

nt tak knal pon sape.

ye ke.ala..

maryam..

ye..

camani ni?klu dia msuk meminang?

laa..blum masuk meminang ke?kata dah nak brtunang?

haha..

blom.tapi ke arah itu la..

my dear friend,
do istikharah.bkn skali.tp,bnyk2 kali.
ni kan nak pilih psgn shidup semati.
jadi,kena btul2 la..

maryam,klu brtunang,lepas tu tak nak blh kan?

hahaha.jgn malukan ana sbg kwn nt=)
memanglah boleh sayangku.tp,tak elok la.bnyk pihak akan terasa hati..
tak baik la cam gitu..

the most important question,lelaki tu ikut tarbiah tak?

ikut..

cmane hang tau?

tau la...


hahaha.ktawa kami pecah bersama..rindu nya dia.

ok lah.ana gi dulu eh.

ok.fokus studi.solat khusyu'.

iAllah.salam.



~senyum sendirian.dah besar rupanya kawan2 aku.eh,aku sekali=).
walaupun tak secara rasmi msk umur 19 thn,tapi dgn bermulanya 2010,
maka umur pon mningkat menjadi 19 ..
ada yang dah nak bertunang dan swaktu dengannya.
jadi,mari muhasabah wahai diri,

ilmu kewanitaan dah cover?
1.masak=erk
2.menjahit=jauh skali
3.kemas umah=boleh la sket2

ilmu tarbiatul aulad plak?
=ha2.tak baca lagi buku krgn dr.abdullah naseh ulwan tu.
hari tu ada g daurah,mlm Rusydi ada srh baca.tak baca2 lagi.
rasa cam lambat lagi je.tapi,bila tgk kes tadi,
waa..rasa cam nak dekat lah plak=)

p/s:kepada my dear friend itu,saya pegang janji awk..
saya tak bgtau sesiapa siape awk.
just share your story jer..
awk tak marah kan?
saya doa utk awk slalu..
utk your happiness.
kegembiraan mu,kegembiraan ku jua=)
salam sayang dari jauh..
 

Made by Lena