Monday, July 25, 2011

ikhlas itu rahsia.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekian lama tidak menulis,akhirnya Allah memberi peluang,ruang dan masa.usai peperiksaan semester 2 yang mencabar fizikal dan mental.lega rasanya.

Ikhlas.

Sejak kebelakangan ini,aku suka memikirkan tentang keikhlasan.

Ikhlas adalah suatu yang seronok sebenarnya.sebab tiada seorang hamba pun yang boleh menilai akan keikhlasan kita.ikhlas adalah rahsia antara tuhan dan makhluknya.

Sahl bin Abdullah pernah ditanya:

Apakah amalan yang paling berat bagi jiwa?

Dia menjawab:ikhlas.kerana ikhlas memiliki bahagian yang tersendiri dalam jiwa.

Merenung perjalanan dakwah dan tarbiyyah dalam diri,membuatkan aku berfikir,sampai bila aku akan terus berada dalam jalan ini.sesungguhnya jalan ini yang memberi makna dalam kehidupanku.namun sampai bila aku akan thabat.

Saban hari,aku berdoa dalam sujud dan tangisku,

Wahai Pemilik Jiwa,Kau thabatkanlah jiwa-jiwa kami dalam agamaMu,ketaatan kepadaMu dan diatas jalan dakwahMu.

Betapa ramai sudah yang gugur dalam menempuhi jalan ini.tidak sesekali aku salahkan mereka atas keguguran mereka.namun sebenarnya,akhirnya Allah jualah yang akan memilih siapa jundi-jundi yang Dia mahu thabat dan terus berada dia atas jalan dakwah ini.

Apakah dia ciri yang melayakkan dia terus kekal atas jalan dakwah ini?

Itulah ikhlas.

Ikhlas yang terlalu rahsia itu.

Ikhlas yang hanya boleh dinilai oleh pemilik jiwa itu sendiri.

Perjalanan atas jalan ini yang dipenuhi oleh onak,duri,mehnah dan tribulasi.tiada siapa yang dapat menyangka mehnah apa yang bakal dilaluinya atas jalan ini.kerana itulah kita perlukan bekal yang cukup kuat untuk menghadapinya.dan bekal yang terbaik adalah ikhlas.

Sebagai contoh:seseorang itu dilantik menjadi pemimpin tertinggi sebuah organisasi lalu tanpa alasan yang kukuh,sang pemimpin itu dipecat.hanya ikhlas sahaja yang dapat menguatkan semangat sang pemimpin itu untuk terus bekerja dalam organisasinya tanpa rasa dendam atau sakit hati pada si pemecatnya.pemimpin itu akan terus bekerja seperti mana dia menjadi pemimpin tertinggi dulunya.malah mungkin dia akan bekerja lebih semangat lagi dari dulu.

AllahuAkbar.

Sejarah salafussoleh turut merakamkan kisah peribadi2 yang memancarkan keikhlasan dalam segenap hidupnya.

Khalid al Walid pernah dipecat sebagai ketua panglima perang oleh Umar al Khattab dan diganti dengan Abu Ubaidah.Khalid tidak mengeluh apatah lagi menarik diri dari medan peperangan.Malah beliau tetap terus berjuang dalam saf barisan kaum muslimin yang lain.

Kaab bin Malik pernah diboikot oleh Rasulullah dan kaum muslimin kerana melengah-lengahkan perjalanan ke Perang Tabuk.Seluruh kaum muslimin tidak dibenarkan bercakap dengan beliau.Beliau redha menerima hukuman itu.setelah beberapa lama,turun ayat yang menerima taubat Kaab.Kaab sangat gembira dan terus menjalankan kerja dakwah beliau seperti biasa.hukuman yang diterima Kaab tidak sedikit pon menyebabkan Kaab bermusuh dengan Rasulullah mahupun para sahabat.Hanya sifat ikhlas sahaja dapat meneguhkan Kaab bin Malik di atas jalan dakwah ini.

Ayuh kita semua ansorullah,berusaha sama-sama untuk menjadi mukhlisin.jangan kita lupa untuk berdoa supaya kita tergolong dalam golongan orang yang ikhlas.

Ikhlas itu sir.

Maka jadilah khazinatul asrar...






Sunday, May 15, 2011

motivasi terbaik~


alhamdulillah.

allah masih beri kesempatan untuk menulis.allah masih beri nikmat iman,islam dan tarbiyyah.kullu alhamdulillah.

pastinya,dalam hidup kita,ada masa turun dan naik.

ada kala kita rasa seperti kita lah yang paling bahagia di dunia.

dekat jalan,ada orang bagi salam,tegur dan sapa kita.

naik teksi,ammu kasi bayar ikut suka hati kita.

pergi kelas,dapat duduk depan,dapat faham apa dukturah(lecturer) cakap

balik rumah,dapat masak untuk ahli beyt yang kelaparan.

semua itu menyebabkan kita rasa bahagia sangat.

tapi ada ketika juga,kita rasa kita la orang paling tak bahagia sekali.

pagi-pagi lagi,ada orang dah terasa hati dengan kita.

tengah hari,kita bagi mesej kat mad'u,dia tak reply mesej kita.

petang pulak.tertidur lama sangat sampai terpaksa cancel semua plan yang telah dirancang.

jadi,apakah motivasi trbaik untuk menaikkan semula semangat kita?di kala kita rasa kita lah orang yang paling tak bahagia sekali?

ada orang menjadikan,ibubapanya sebagai motivasi.kalau malas belajar,kenang jasa mak ayah.ingat balik berapa duit yang mereka dah keluarkan untuk tampung pengajian kita.

ada yang jadikan kekuatan sahabat,sahabiyah sebagai motivasi.ingat penyiksaan sahabat,sahabiyah dulu,dan bagaimana mereka mengharungi semua itu untuk menangkan agama allah.dan akhirnya islam sampai kepada kita dengan pengorbanan air mata dan darah mereka.

masing2 berhak untuk menjadikan apa2 sebagai motivasi masing2.

tetapi ketahuilah,motivasi yang paling terbaik ialah syurga allah!

apabila kita nampak syurga allah,semua yang susah akan menjadi mudah.semua yang penat akan jadi bersemangat.semua yang lambat akan jadi cepat.

seseorang yang baru pulang dari kuliyyah,pastinya dalam keadaan yang penat,apabila melihat tiada makanan di dapur,akan terus bersemangat masak untuk semua ahli beytnya.jika dia nampak syurga allah sebagai ganjaran!

seseorang itu akan bersemangat untuk basuh semua baju ahli beytnya dalam bakul baju kotor,jika dia nampak ganjaran di syurga itu lebih besar dari kepenatannya di dunia ini.
terima kasih kepada ahli beytku,yang pernah melakukan ini:)

begitulah.betapa besarnya impak jika kita jadikan syurga allah,motivasi hidup kita.

maka,jom kita sama2 realisasikan impian as-syahid hassan al banna,
"aku ingin melahirkan akh dan ukht yang dalam hatinya ada syurga"

wallahua'lam.

Monday, February 28, 2011


mengimbas kembali detik2 sebelum pulang ke tanah air,ia sememangnya seperti

mimpi.hari rabu.hari polis.kami tidak digalakkan keluar ke tempat2 awam.hari

jumaat,perintah berkurung.jumaat minggu hadapannya,kami berada di airport

cairo.siap siaga untuk diterbangkan pulang.bila cakap dekat ummi,long rasa macam

mimpi la.betul ke sekarang kat gombak?ummi jawab,macam tu la dekat

akhirat.hidup di dunia seperti mimpi.sekejap,tak terasa...

baru2 ni ada berlangsung prog ziarah qudama' ni gombak.dan berikut adalah

beberapa perkara yang dapat saya kongsikan.


1.mubadarah dalam membuat kerja

  • masak
  • pergi pasar
akhawat dulu beli ikan dekat sayyeda zainab.masakin ke sayyeda?naik metro turun

metro,semata-mata nak beli ikan?bayangkan?jarak sejauh 25km.itu pun mereka

berlumba2 untuk beli ikan.apatah lagi yg duduk hayyu asyir takkan tak boleh nak

beli ikan dekat hayyu thamin...

hayyu asyir ke hayyu thamin=5km


2.melayu sepakat,islam berdaulat
  • isu bangsa Melayu
  • kenapa perlu diagung2kan bangsa Melayu?bangsa cina,india di Malaysia pun kuat jugak keislamannya?
  • bukan masalah tidak mengiktiraf bangsa lain.bangsa lain nak kuatkan islam,ahlan!
  • tetapi memandangkan kita sedang memakai topi MELAYU atau sedang berada dalam kasut MELAYU,maka seharusnyalah kita memperjuangkan bangsa kita agar kuat keislamannya
  • mari singkap sejarah Nabi?
  • Nabi mempunyai support system yang sangat kuat datang dari bangsanya sendiri=Quraisy
1.banyak kali Nabi tidak jadi disiksa kerana takutnya musyrikin kepada supporter

Nabi seperti Abu Talib n Hamzah.

2.sebelum campur tangan iblis,bangsa2 arab sebenarnya tidak mahu membunuh

Nabi,kerana yakin bangsa Quraisy pasti menuntut bela.

  • jadi,bangsa Melayu sangat penting bagi kita untuk mempertahankan Islam yang kita cintai khususnya di Malaysia
  • kalau terjadi isu apa2 yang mencabuli kehormatan Islam,bangsa Melayu yang akan terus mendaulatkan Islam,mengambil kira bahawa bangsa melayu adalah bangsa majoriti di Malaysia.

3.kepentingan menjadi pakar dalam islam

  • pakar adalah orang yang memahami sesuatu isu dengan kritis dan jelas,mampu menganalisis dan mampu membuat penyelesaian dengan tepat
  • kurangnya pakar2 syariah yang boleh memahami isu sehingga jauh ke dalam.
  • kalau 1000 mahasiswi azhar yang pulang setiap tahun,1 orang pegang satu daerah,hasilnya?masya allah kan?:)




Saturday, January 15, 2011

imtihan mendekatkan dengan tuhan



bismillahrahmanrahim

alhamdulillah.baru usai menjawab kertas soalan nahu dan sorf.

kertas yang agak mencabar .takut juga.tapi pesan abi melalui

sms,faizaazamta fatawakkal ala allah!jadi,nak letak tawakkal

tinggi2 dekat Allah.dalam subjek nahu,aku banyak belajar

mengi'rab.mengi'rab tu maksudnya meletakkan hukum pada

huruf akhir satu2 kalimah.semasa aku asyik memahamkan dan

menghafal apa hukum akhir bagi jenis satu-satu kalimah

itu,aku terfikir,kalaulah untuk huruf yang tak bernyawa pon

ada hukumnya yang tertentu,apatah lagi kita manusia yang

teramatlah lebih kompleks dari huruf,secara automatik

lebih sangat perlu kepada hukum.hukum atau kata lainnya

peraturan yang akan membuatkan kita dapat

sempurnakan hidup dengan baik di atas muka bumi Allah

ini.....:)

haisy.baca satu jam,berangan 2 jam..sudah.sambung baca

balik.4 paper lagi menanti.mumtaz untuk ummah!!

berikut adalah jadual imtihan tahun satu syariah islamiyyah:

10 januari:nahu sorf

13 januari:tafsir ayat ahkam

17 januari:tarikh tasyrik

20 januari:english

24 januari:ulum hadis.

sila addua bi zohril ghaib:)









 

Made by Lena